MENYEMAI KEBENCIAN

Perkara yang paling saya tidak gemar ialah bila agama menjadi sandaran untuk seseorang menabur fitnah dan menabur maki hamun yang tidak langsung ada batas-batas keagamaan.

Saya tidak dapat bayangkan bagaimana akhbar yang menjadi lidah rasmi sebuah parti yang berteraskan perjuangan Islam tidak rasa berdosa dan bersalah menulis sesuatu yang penuh dengan kebencian sehingga melahirkan generasi pembenci yang sangat parah buat ummat Islam sendiri.

Demikian juga dengan portal-portal berita yang dikeluarkan selain dari blog-blog yang menulis penuh manipulatif sehingga hilangnya rasa "mahabbah" (kasih-sayang sesama umat).

Kelmarin berlaku angin puting beliung yang melanda kawasan Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang, iaitu kawasan Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Sebagai Menteri Besar saya tidak perlu mendiskriminasikan kawasan pembangkang dan kawasan kerajaan bila berlaku hal-hal begini. Lebih 100 buah rumah yang terlibat samada kehilangan bumbung atau ditimpa oleh pokok kelapa dan sebagainya.

Kawasan DUN Pasir Panjang berada dalam Parlimen Lumut, di mana saya juga adalah Ketua UMNO Bahagian Lumut. DUN Pangkor iaitu kawasan saya juga berada dalam Parlimen Lumut.

Saya sempat meninjau kejadian angin kuat yang memukul kawasan pantai DUN Pasir Panjang sehingga membawa ke kawasan Rungkup.

Alhamdulillah tidak berlaku sebarang perkara lebih buruk seperti kehilangan nyawa. Apa yang agak menarik dalam kebanyakkan rumah yang saya lawati itu, ada sebuah rumah yang menjadi perhatian saya.

Saya melawat rumah keluarga nelayan yang ditimpa pokok kelapa. Mengikut maklumat yang saya terima keluarga nelayan ini membina rumah di atas tanah yang bertuan yang juga jirannya.

Bila sampai saya, Dato' Seri Kong Cho Ha (Ahli Parlimen Lumut dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan), pegawai daerah dan YDP Majlis Perbandaran Manjung, meletakkan kereta di kawasan jalan ke rumah mangsa.

Kebetulan hanya ada dua buah rumah sahaja di situ, satu rumah tuan tanah dan satu lagi rumah mangsa. Apa yang mengejutkan pemandu saya, Tuan DO, Menteri, dan YDP ialah bila tiba-tiba sahaja tuan rumah (yang berusia awal 40an) meluru ke arah kereta dan mengarahkan supaya keluar dan melarang kereta kami diletakkan disitu.

Katanya dia juga bayar cukai dan dia punya hak untuk benarkan siapa masuk. Masing-masing tercengang lihat gelagatnya sehingga ketua kampung hilang sabar.

Bila ditanya rupanya dia tidak suka Menteri Besar datang melawat mangsa kerana beliau menyokong parti lain.

Cuma apa yang saya katakan biarlah dia dengan sikap yang bengis itu sehingga sudah hilang rasa kemanusiaan untuk sama-sama membantu orang dalam kesusahan. Saya tidak terkejut melihat watak-watak seperti orang itu.

Inilah hasilnya bila benih kebencian dan permusuhan ditanam, maka buah dipetik adalah buah kebencian dan permusuhan. Saya tidak salahkan dia, tapi saya salahkan orang yang menanam benih itu.

Penghasut itu mungkin sudah tidak ada di kampung lagi. Dia mungkin datang sekali sekala untuk memberi "baja" ceramah kebencian.

Jarang anda saksikan orang dan penyokong Barisan Nasional enggan bersalam apabila tangan dihulur. Tetapi saya mengalaminya sendiri sudah berkali-kali.

Saya tetap pergi jua kepada mereka kerana saya tahu mereka tidak bersalah dan mereka hanya terpengaruh dengan ceramah-ceramah politik yang mengapi-apikan kebencian. Akhirnya yang lahir adalah generasi pembenci.

Salam Perjuangan

40 comments:

Anonymous June 1, 2009 at 1:45 AM  

orang kalau dah benci, tetap akan benci .
biarkan.
Datuk Seri jalankan tugas Datuk Seri dgn sebaiknya untuk Perak
Pedulikan geng nizar yg bodoh yg nak bersandiwara mogok lapar.
Tapi tengok dalam gambar dia buka puasa pula dgn lim kit siang!
YOU are the MB.
You do your job.

- org Taiping

ruang bicara faisal June 1, 2009 at 2:24 AM  

memang itu yg diajar oleh pas dari dulu sehingga kini. mereka boleh berbangga dengan apa perkara2 jahat yg org mereka lakukan.

bagi mereka semua halal

apa pun,teruskan perjuangan datuk seri. satu hari kebenaran tetap timbul jua.

sebagai org yg beriman saya yakin datuk seri tabah menghadapi segala dugaan ini

MAT LAZIM MAHASAN June 1, 2009 at 5:56 AM  

Tahniah Dato Seri,
DS telah membuktikan makrifat Islam yang hakiki dalam pelaksanaan hidup dan tanggungjawab. Teruskan DS. Allah akan sentiasa bersama kebenaran. Insyaalah kebatilan akan hanyut dan lebur dalam kesabaran dan kebijaksanaan.
Selamat berjuang ....

azmisaid@gmail.com June 1, 2009 at 6:04 AM  

Dato' Seri MB,

Kebencian itu adalah satu penyakit hati. Hati yang sakit akan menjauhkan pemiliknya daripada ALLAH lantaran menurunnya intipati IHSAN dalam pemilik.

Mendekati ALLAH bukan hanya bersandarkan penghayatan dan pengamalan ISLAM semata-mata. Yang lebih penting ialah IMAN dan IHSAN.

Perjuangan ISLAM yang menidakkan IHSAN tidak akan membawa kita kemana-mana disisi ALLAH. Malah akan menjauhkan kita daripada tahap mulia disisi ALLAH.

Isunya disini, wujud golongan rakyat yang telah terpesong dari ajaran Rasulullah yang sebenar tanpa mereka sedari kerana dibuai pesona jenama PARTI ISLAM semata-mata. Jadi, adalah menjadi fardu kifayah dan jihad untuk kita membawa mereka ini kembali ke jalan yang ALLAH redhai. Ini mesti dilakukan atas keinsafan dan keikhlasan yang penuh. Saya kira ....... ini adalah jihad yang paling utama dalam pentadbiran Dato' Seri. Memperbetulkan akidah dan penyakit hati.

Mungkin saya bukanlah pakar. Saya pasti Dato' Harussani dapat membantu perkara ini.

Azmi Said.

Anonymous June 1, 2009 at 7:41 AM  

Dato Seri...sy percaya tindakan memfitnah ni memang sampai bila bila pun PR takan berhenti...they will keep on doing this till PRU 13...sikap seperti ini sudah menjadi lumrah manusia yg tidak dapat apa yang mereka hendak....sekarang kita perlu lihat on the other perception...if we keep on continue looking with them on the same way...secara tak langsung kita terikut ikut dgn kehendak mereka...but if we look into our own way that is towards the rakyat yang mahukan harmoni then we work towards that....apa yang rakyat nak is ketelusan and akauntabiliti...baik dari segi pentadbiran...pengurusan dana...pengurusan projek projek kerajaan dan swasta...terus terang saya katakan disni...pihak pembangkang inginkan kerosakan pada pentadbiran BN...supaya kepincangan ini dapat dilihat dgn mata kasar pengundi....i did heard during their ruling day...ada tanah projek Pembangunan Pejabat Agama Daerah Sg Siput telah ditukar status kelulusannya oleh Ngeh and disokong Nizar...for other purposes...can u check on this....kita bukan nak tabur fitnah tapi kita perlu tunjukkan kelemahan PR semasa memerintah...ini tanah Majlis Agama Islam Perak....tapi telah dibatalkan oleh PR...it can be an issue....begitu juga dgn tanah Dato Seri Harussani di Chepor....Dato Pengarah PTG can relay u this matter...
Lets unit penerangan exposed this especially ada kena mengena dgn agama....kita tunjukkan pada rakyat Islam....berapa banyak peruntukkan yg Nizar bagi utk pembangunan Islam....fund for masjid, surau etc...jika dibandingkan dgn funds for tokong and kuil....even tanah tanah kerajaan yg disalahguna utk tapak tokong seperti di bercham pun, dulunya zaman DS Tajol ..tanah tersebut ditolak permohonannya becoz MBI tak sokong so PTG pun tak sokong...tapi Ngeh instructed to forward those file up untuk dikelaskan semula....in Taiping itself before Nga controls....mana ada pusat pusat hiburan yang tumbuh mcam cendawan...when he is in power, Taiping town turned into more vice....if we let them be in control...orang Melayu akan hilang hak ....the same with Nizar masa nak luluskan 999 tahun tu on geran kpg baru.....i still remember DYMM juz came back from overseas...trus balik ke Ipoh and Nizar ngadap ...DYMM asked him to " HOLD ON "
tapi juz an hour after that dlm mesyuarat EXCO boleh lulus....perkara -perkara yang menunjukkan Nizar engkar titah DYMM patut kita sebarkan pada rakyat...kesedaran rakyat adalah perlu sebelum PRU 13...we are not going to do the same mistake like before....kelekaan kita menyebabkan kita kalah apatah lagi dgn pemilihan wakil BN di DUN DUN...Dato Seri..moving now with your penerangan group is good but it is better u move with bigger team...NGO's like PIBG, teachers yang dah pencen...bekas wakil rakyat...ex senior army or senior police officers...untuk bertemu rakyat...if with DO's, YDP's, Minister is good but with those people yang rakyat respect is good too...

Anonymous June 1, 2009 at 1:01 PM  

Salam Dato' Seri,
hanya ungkapan sabar dan tabah menghadapi dugaan dlm menjalankan amanah yang diberi.
Saya sendiri selalu mohon pada Allah, tunjukkanlah kebenaran,sekiranya benar ada pihak yang menggunakan agama Islam yg suci ini utk kepentingan agenda peribadi, utk mencapai hasrat parti, tunjukkanlah kebenarannya kpd semua org2 Islam di malaysia ni. Mereka sewenang2nya menggunakan agama sedangkan klu kita pikir secara logik, dan memahami konsep kesucian agama itu snediri, kita tahu agama tak pernah menumpang mana2 parti, tetapi parti yang menumpang agama utk mencapai agenda peribadi.
cuma sy risau, klu negara kita diturunkan bala spt di Acheh. Malaysia adalah sebuah negara yg istimewa dan terlindung klu kita fikirkan sedalamnya. Xde taufan yg melanda teruk mcm kt luar negara sana,xde ancaman gunung berapi jauh sekali gempa bumi yg dahsyat.. Tapi bangsa kita sendiri yg nak menjahanamkan negara yg istimewa ni.. Ntah bila arr depa yg menggunakan agama sbg perisai parti ni akan insaf dan sedar.
utk Dato' seri, tabahkanlah hati dlm perjuangan ni. Tu sikit jer, kami yg kerja waktu pilihanraya ni, kena provoke, kena maki, kena boo mcm2 bila meraih undi atau masuk kt kawasan depa. Kira ok arr tuan rumah tu just mcm gtu jerr, klu kita tak alami pengalaman tu, bukan pejuang namanya,kan..

Anonymous June 1, 2009 at 1:41 PM  

datuk seri ini bkn masalah hasut menghasut. tp ini masalah hak seseorang, kalau nk buat ape pun kene mintak izin dari tuan tanah meskipun nk jejak sekali. Kalau tuan tanah xbagi kite xbole wt ape.

Anonymous June 1, 2009 at 1:50 PM  

Salam Dato' Seri,
Semoga dengan insiden yang berlaku tidak melunturkan semangat YB Dato Seri untuk menjalankan tugas sebagai ketua eksekutif negeri yang sah...inilah hasil yang diperolehi daripada pemerintahan singkat PR di Perak apabila orang melayu sendiri sudah mula mengenepikan adat sopan santun budaya ketimuran kita lantas bersikap kurang ajar dengan pemimpin...semoga Allah memberkati perjuangan dato seri dan pemimpin BN yang lain dan marilah kita memohon kepada Allah s.w.t agar dibuka pintu hati umatnya yang sedang sesat akibat daripada sentimen menyemai kebencian oleh golongan Penipu RAkyat....

adzariean2003@gmail.com
Sintok, Kedah.

Parpu Kari June 1, 2009 at 2:22 PM  

BERSABARLAH DATO SERI, INI SEMUA DUGAAN DARI ALLAH, SEPERTI YANG KIT AKETAHUI PAS DARI AZALI MEMANG SUKA MENANAMKAN BIBIT-BIBIT KEBENCIAN TERHADAP PEMIMPIN2 DARI UMNO!

SAYA MASIH INGAT LAGI PERKARA YANG BERLAKU DEPAN MATA SAYA 10 TAHUN DULU, APABILA ORANG PAS MENGAJAR ANAK-ANAK MEREKA MEMIJAK DAN MELUDAH SERTA MENGOYAKKAN POSTER TUN DR M DULU!

NAU'ZUBILLAH, PERANGAI PENYOKONG MEREKA INI KADANG2 TAK BOLEH MASUK DEK AKAL!

JANGAN LUPA DATO SERI, INI JUGAK PARTI YANG BUAT SEMBAHYANG HAJAT UNTUK MUSNAHKAN ORANG!

YANG PELIKNYA DALAM ISLAM NI KITA DI AJAR BERDOA UNTUK KEBAIKAN, PAS BOLEH MINTAK KEHANCURAN!

MAIKIN LAMA MAKIN RAMAI MELAYU ISLAM SEDARI AKAN HAL INI DATO SERI! PAS BUKANLAH PARTI ISLAM!

BE STRONG DATO SERI, MAJORITI RAKYAT PERAK TETAP BERSAMAMU!

INI SEMUA JENIS MANUSIA TAKSUB YANG MEROSAKKAN AGAMA SAHAJA!

Cikgu June 1, 2009 at 2:34 PM  

We must strive undauntedly to ensure the triumph of justice.
We must thoroughly fight against hostile negative forces. This is the spirit which is waged with great wisdom, courage and determination.

Dato'Seri,

Please be a deeply compassionate leader who cares and protects the rakyat, especially the Perakians without begrudging your life.

A person's true worth is measured by the extent to which they live in the present while giving careful thoughts to the distant future.

Dato'Seri,

Please be assured that all of your commendable daily efforts will definitely give rise to good fortune and benefit, thus bringing stability and economy prosperity to Perak.

Let's advance and act together with pride and confidence, and strive to transform people's hearts and minds.

To those who are trying to take advantage to manipulate the rakyat by sowing the seeds of hatred, please stop it. It does you no good.
The truth will eventually prevail.

Sinatra_Z June 1, 2009 at 3:25 PM  

Sabarlah.
Kerja dengan tekun,
Kerja dengan baik.

Kalau dia nak benci biarkan dia,
Masakan Mufti Perak pun terkilan apatah lagi Dato sendiri.

budak ipoh June 1, 2009 at 3:35 PM  

Teruskan usaha mendekati mereka... termasuk yang menentang...
Insya'allah mereka akan faham...

Sedih saya bila nilai2 adab orang Melayu hilang kerana terlalu taksub dan ingin bermegah...

Semoga Allah membuka hati mereka ke arah kebaikan seperti yang DS tunjukkan...

blues untuk rakyat June 1, 2009 at 4:44 PM  

BUBAR kan DUN.....

itu lebih adil....


SALAM PERJUANGAN.....

Sasha2020 June 1, 2009 at 7:24 PM  

Salam perjuangan Datuk Seri,
Teruskan dengan tindakan yg penuh hikmah. Semoga Allah bukakan pintu hati-hati mereka untuk melihat kebenaran dan keindahan Islam. Biarkan mereka benci, tapi kita balas dengan senyuman dan layanan yg baik.

fariz June 1, 2009 at 8:55 PM  

salam Dato' Seri.. post dato' seri kali ini adalah sangat sesuai sekiranya di siarkan di akhbar2.

Kerana, ramai yang masih tidak menyedari akan benih kebencian yang telah sekian lama disemai pihak2 tertentu.

ahmed June 1, 2009 at 9:07 PM  

anda fikirlah apa yg anda telah lakukan...fikir dengan mata hati,,buang semua persepsi..

ISAC June 1, 2009 at 10:55 PM  

Salam Dato' Seri Dr. Zambry,

Mengaku berjuang untuk menegakkan Islam memang mudah....Tapi nak melakukannya memang amat2 payah...

Bukti dah ada depan mata...Ada Ijazah, Master, Phd dalam bidang agama dan Title Tuan Guru sekalipun belum tentu mereka ini dapat menghayati konsep perjuangan Rasullullah s.a.w 100%.

Tak pernah pun kita mendengar baginda menggelar manusia lain dengan gelaran yang jelek2....Apa lagi menanam umatnya dengan perasaan amarah dan dendam kesumat yang membuak2 apalagi sesama umat Islam...

Apakah jasa2 umno kepada negara ini keseluruhannya dan kepada orang Melayu khususnya begitu hina sehingga ianya boleh disamakan dengan kejahatan dan keganasan Ching Peng dan Parti Komunis Malaya?

Bagi yang masih berakal...Fikir2 kan lah...

Kepada Dato Seri, teruskan berkhidmat...untuk agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya perjuangan itu memang memerlukan pengorbanan yang besar dan begitu mencabar...Apalagi jika orang yang hendak kita tolong bukan sahaja tidak menghargainya malah memusuhi dan menyerang kita tanpa usul periksa...

Politik Kebencian....Saya telah terselamat....Harapan saya yang lain2 juga akan terbuka pintu hati mereka...Amin...

Anonymous June 2, 2009 at 12:03 AM  

Aswt YAB DSeri,

Di Kelantan PAS telah lama menanam bibit kebencian ini kpd BN/UMNO disekolah sekolah pondok/ agama negeri dll kpd generasi anak-anak kecil, anak-anak muda dll.
HASIL nYa INI LAH UMAT ISLAM/JAHILIAH YG MALAYSIA ADA HARI INI.

WALAU BAGAIMANA PUN SESUNGGUHNYA ALLAH YANG ESA LEBIH MAHA MENGETAHUI YG NYATA & TERSEMBUNYI.
KEPADANYA KITA BERSERAH & MOHON PERTOLONGAN. INSYAALLAH JIKA KITA BERADA DI LANDASAN YANG BENAR, KEBENARAN PASTI AKAN DATANG NANTI.

SALAM

Ramesh June 2, 2009 at 2:21 AM  

Dont worry bro,lambat laun tahulah rakyat perak siapa nizar yang sebenar benarnya!Bertopengkan ugama utk mengaibkan kedaulatan negeri!

Anonymous June 2, 2009 at 3:19 AM  

DS Zambry yg dikasihi,
perkara ini tak seharusnya terjadi. kita dimomokkan oleh pihak musuh sebagai penakut dan dayus untuk menghadapi pilihanraya. saya sebagai ahli umno tidak mampu berkata apa-apa untuk menangkis hujah tersebut kerana mengikut persepsi ada benarnya.
berkenaan alasan untuk menjimatkan duit menghadapi pilihanraya, saya rasa kita perlu berubah. kita ada fakta2 yang cukup baik untuk menewaskan PR. tak perlu kita menghabiskan wang seperti sebelum ini.
cuba-cuba lah berbincang dgn PM.

LAWAN MANA YANG TAK BETUL June 2, 2009 at 5:00 AM  

datuk seri

Bubar je DUN , kita lawan ..Apa datuk seri tak reti nak baca nadi rakyat ke?

So..bukak la gelanggang Pilihanraya undi semula, Menang (kalau la..), Semua puas hati..mudah je...

Pantang Melayu..DICABAR Datuk Seri..(lain la kalau rasa-rasa nak tumbang)..Jgn Lawan Datuk Seri..buat bodo je..ye..

pencinta kebenaran June 2, 2009 at 11:08 AM  

salam datuk seri,
teruskan usaha!! apa kata datuk seri gi buat lawtan kat bidor pulak...biar la ada kesedaran sket org2 kat sana tu

kelambuharimau June 2, 2009 at 12:24 PM  

Tahniah kepada MB! teruskan perjuangan dan jangan leka..kembalikan keyakinan rakyat kepada BN//kelemahan di perak diteliti dan diperhalusi..insyaalah kita akan dapat tawan kembali negeri perak.

Pecah Tembelang June 2, 2009 at 1:00 PM  

kami tetap menyokong UMNO dan BN x kira apa pun. Dato' Seri pedulikan itu semua.

menurut satu blog penyokong pas, kemudian bila ngok nizar datang dan park kete kt umah tu, dier bergegas lari bersalam dgn ngok nizar tersebut.

hurm!

AntiAlJuburi June 2, 2009 at 1:48 PM  

Sejarah telah membuktikan bahawa sesiapa yang meninggalkan Islam pasti mendapat kehinaan.

Oleh itu marilah segera kita memahami Islam dan menghayatinya semampu mungkin, mudah mudahan orang Melayu Malaysia yang sinonim dengan Ugama Allah itu akan terus kukuh dan mampu bertahan menghadapan gelombang serangan syaitan dan kuncu kuncunya.

Sejak Sept 1998, telah berlaku perubahan yang drastik dalam pola masyarakat dan sosio budaya, keatas rakyat Malaysia yang aman makmur ini. Semuanya perpunca dari katalis yang kita namakan BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim), maka berlakulah apa yang tidak pernah dilakukan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Saya menyarankan umno mengerakkan segera majlis penerangan dan menangkis serangan jahat oleh pengganut Anwarisma. Dengan segala kelebihan yang ada pada umno, saya kira kerja ini akan lebih mudah dan berkesan. Umno tidak harus mengambil sikap defensif!! Saya kira kumpulan 'dirty dozen' yang terdiri dari Ezam, Hamdan,Zahid Mat Arif, Roslan Kasim, Lokman Adam dan yang lain lain sangat layak dan faham akan tugasan ini. Bukalah peluang dan berilah mereka kemudahan untuk melaksanakan missi ini, saya percaya ia akan dapat membawa perubahan menjelang 2013.

Walapun pun saya orang PAS yang melibatkan diri sebagai aktivis reformasi, tetapi saya tidak rela PR memerintah dengan komposisi mereka sekarang ini.

Apa sahaja yang membawa kepada kedaulatan Islam dan umatnya (orang melayu dalam kontek Malaysia) saya pasti akan bersama sama anda dalam apa jua warna dan bentuknya!! Penghakisan kuasa Melayu secara tidak langsung menggugat kesinambungan Islam di negara ini.

Ayuh bebaskan diri anda dari fahaman Anwarisma dan Erdoganisma untuk menjadi Melayu yang menjulang kekuatan Islam!!

Anonymous June 2, 2009 at 3:16 PM  

Jawatan kepimpinan adalah amanah dan beban. Ia menimbulkan kegerunan dalam setiap hati yang menyedari besarnya bebanan kedudukan politik pada hari Allah menghitung amalan manusia nanti.

Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (72)

Anonymous June 3, 2009 at 8:42 AM  

Dato Seri,
Tahniah kerana Dato telah menunjuk kan sikap yang begitu sabar dan professional menangani dugaan2 yang ALAH beri kan kepada Dato. Begitu banyak ayat ayat Al-Quran yang melarang umat ISLAM bermusuhan dan bergaduh sesama kita. Kita semua bersaudara. Yang penting niat Dato. Pasti kan ada niat untuk kita CUBA sedaya upaya menegakkan hukum hukum ALLAH. Tak penting samaada kita UMNO atau PAS atau apa pun. Soalan pertama mungkar nakir bukan 'apa kah pahaman politik anda?'. Ada banyak cara untuk menegak kan hukum ALLAH. Wallahualam.

RnizaSulaiman June 3, 2009 at 10:28 AM  

Assalammualaikum Dato Seri Dr. Zambry ..
~Teruskan perjuangan.....Kebencian itu tidak akan berterusan...InsyaAllah suatu Hari nanti pastinya Rakyat Perak especially Melayu yang beragama Islam akan sedar Bertapa sukarnya Nenek Moyang kita mendapatkan kemerdekaan suatu tika dulu....Bagaimana Mereka bersusah payah..mereka memperolehi semua ini untuk anak cucu mereka masa kini....
~ Takkan Hilang Melayu Di Dunia ~
Teruskan Perjuanganmu walaupun ada kebencian dari anasir2 yang tidak mengunakan akal fikiran, atas sejarah yang mereka pernah pelajari ketika di bangku sekolah dulu...Perjuangan Nenek Moyang Kita...
~ Daulatkan KeSultanan Melayu Kita....
~ Selamat Berjuang BN
~ Selamat Berjuang UMNO
~ Kami Tetap Menyokong BN Tanpa Setitik Kebencian Terhadap BN....Demi Negera Malaysia....

Mandailing Rangkuti June 3, 2009 at 2:35 PM  

Salam DSZ.,

Teruskan tugas dan perjuangan dengan IKHLAS dan JUJUR.Dalam masa yang sama lepaskan hulubalang2 kita (UMNO)untuk bersilat dengan mereka. Hulubalang2 ini jangan ada ilmu dan pengelaman sahaja tapi tidak digunakan.

ayor June 3, 2009 at 4:49 PM  

bersabor laa yea...

pedang srikandi June 3, 2009 at 6:43 PM  

salam ziarah Dato'...biarlah apa yang mereka nak kata..apa yang penting Dato' jalankan tugas dengan baik di Perak dan buktikan bahawa Dato' mampu memberikan yang terbaik untuk rakyat Perak....janganlah Dato' memberi ruang dan peluang untuk mereka menjatuhkan Dato'..salam perjuangan....

Kuala Kangsar June 3, 2009 at 9:38 PM  

Dato Seri TOLONG JANGAN BUBARKAN DUN.Sejak BN mengambil alih PERAK macam-macam perubahan telah berlaku.Terdapat beberapa bukti di hadapan mata seperti banyak projek-projek pembangunan,membaikpulih sekolah,masjid,jalan-jalan raya, dan jalan kampung di sekitar negeri PERAK.Tahniah akan perubahan ini kerana untuk kami semua rakyat negeri PERAK.Alhamdullilah..

Mohd Sufian June 4, 2009 at 6:27 AM  

DS ZAmbry,

Sabar itu sebahagian dari iman.

Anonymous June 4, 2009 at 7:53 AM  

Begitulah DS kalau kepala seseorang telah diasak bertubi2 dengan hasutan membenci dan orang yang menerima pula tidak mahu berfikir maka jadilah apa yang berlaku pada orang tersebut.

Dia tidak dapat memilih diantara intan dengan kaca.

Teruskan perjuangan DS. YANG HAK PASTI BERDIRI DAN YANG BATIL AKAN JATUH.

AHBZ KK

luah fikiran June 4, 2009 at 10:08 AM  

Saya ada buat posting ringkas tentang isu ini "POLITIK MENYEMAI KEBENCIAN ! KE MANA PERGI SIFAT KASIH SAYANG SESAMA UMAT?" dalam blog "luahfikiran". Amalan yang jelas bertentangan dengan ajaran agama kita dan boleh merosakkan hubungan sesama umat. Dilakukan semata-mata untuk mengejar cita-cita politik. Mereka inilah yang menjadikan politik itu kotor.

Pemuda Malaysia June 4, 2009 at 2:07 PM  

tuan rumah pun bodoh macam nizar juga...mana tahu nak beradab...

Buat dato' seri, sy sokong perjuangan dato seri' dalam membangunkan ekonomi rakyat di Perak..

bantulah yang mana memerlukan dgn tidak mengira parti..

jangan jadi macam parti PAS dan penyokong mereka yang buta kayu dan gelap hati...

Perak Maju di Bawah Barisan Nasional!!!

ADI June 9, 2009 at 12:21 AM  

Bagi sy apa yg berlaku pada DS amat malang ... sy rasakan mereka tidak dapat mengiktiraf DS sebagai MB kerana kemelut yg berlaku di Perak.

Rakyat hanya hormat pd pemimpin yg ada integriti(dihormati kawan & lawan)
Sy rasakan DS masih tiada elemen ini.

Anonymous June 10, 2009 at 4:23 PM  

Datuk Seri jgn dilayan sangat orang gila talak ni.u buat je kerja u.there's too many to do yet too little time. perak economy are bleeding badly when was under PR. too much coruption and nepotisme was held during nizar admin.

iklas
vios turbo
Ipoh

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) June 10, 2009 at 4:34 PM  

SAMALAH DATUK. PAS DAN PEMBANGKANG DI KELANTAN PUN AJAR ORG DIA BENCI, SABOTAJ DAN PULAU ORG UMNO/BN. SAYA DAH LALI DGN AJARAN INI SEJAK KECIL LAGI. SEKARANG SAYA UMUR 51 TAHUN DAH

Ahmad Daud June 11, 2009 at 9:39 PM  

Datuk Seri,
Sebagai seorang berprinsipkan Mahatmha Ghandi dan Mandela tentu Datuk Seri tidak ambil kisah hal ini. Teruskan perjuangan hingga mati syahid macam ghandi atau masuk penjara 27 tahun macam Mandela -barulah betul-betul dihormati lawan!

Post a Comment

Biodata/Profile









DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR
MENTERI BESAR PERAK KE-11


Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A

Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

Kepakaran :



Akademik:

Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam

Pentadbiran

Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding
Politik

Organisasi Politik | Penyelidikan Politik
Lagi Profil

Sedang Layari/Currently Online

Kunjungan/Visitor

Sejak 1 Mei 2009

Google Ranking


Powered by  MyPagerank.Net

Statistik/Stats