HELAH PAKATAN PEMBANGKANG

KHAMIS ini 21 Mei 2009, Mahkamah Rayuan akan mendengar kes rayuan saya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibuat pada 11 Mei lepas.

Seperti yang saya katakan, sebagai seorang yang menghormati kedaulatan undang-undang, saya akan menerima keputusan berkenaan.

Bagaimanapun, saya ingin menarik perhatian tentang beberapa perkara yang berlaku sepanjang dua minggu ini.

Selepas posting saya yang terakhir, muncul tuduhan mengatakan saya menyamakan diri saya dengan Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela. Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menyamakan diri saya dengan dua tokoh besar itu.

Posting saya telah diputar-belitkan oleh beberapa individu untuk kepentingan satu pihak yang lain. Jika diamati betul-betul tidak ada satu patah perkataan pun dalam posting itu yang menyatakan saya sehebat dua tokoh berkenaan.

Ini adalah contoh taktik dan strategi pembangkang untuk memburuk-burukkan saingan politik mereka. Fitnah serta “putar-belit” adalah cara pembangkang supaya rakyat benci kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ini bukanlah fenomena baru.

Kedua, ialah tuduhan mengatakan saya dan BN menggunakan mahkamah bagi tujuan untuk berkuasa. Jika dilihat betul-betul, pakatan pembangkanglah yang cuba merampas kuasa menggunakan institusi mahkamah.

Ia berlaku apabila Nizar Jamaluddin dan pakatan pembangkang hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri dan dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar. Nizar membawa perkara ini ke mahkamah. Jadi tuduhan mengatakan Barisan Nasional cuba menggunakan mahkamah untuk terus berkuasa tidak timbul.

Sebaliknya pakatan pembangkanglah yang menggunakan mahkamah.

Tuduhan ini dijaja merata-rata dalam ceramah dan blog-blog tertentu. Selain itu Barisan juga dituduh sebagai “perampas kuasa”.

Soalnya, adakah logik bagi pihak yang mempunyai majoriti dituduh sebagai perampas kuasa? Barisan Nasional mempunyai 31 sokongan dalam DUN (28 kerusi dan tiga Adun bebas). Adalah tidak perlu Barisan Nasional merampas kuasa kerana mempunyai sokongan majoriti.

Bagaimanapun, pakatan tidak dapat menerima kenyataan dan terus-menerus mengadakan serangan menuduh saya serta BN sebagai perampas dan perompak. Pada hakikatnya merekalah yang cuba merampas dan merompak kuasa. Bukan BN!

Salam perjuangan.

53 comments:

Parpu Kari May 18, 2009 at 10:49 PM  

BERSABAR WAHAI DATO SERI YANG KU SANJUNGI, ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG SABAR!

SAYA TAHU SEJAK KEBELAKANGAN INI ANWAR DAN KONCO-KONCONYA TELAH MEMAINKAN ISU TERSEBUT, TAPI DATO SERI, AMBIL LAH BENDA INI DENGAN POSITIF!

MOGA-MOGA MASIN MULUT MEREKA DAN SEMOGA DATO SERI AKAN MENJADI HEBAT SEPERTI PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG MEREKA SEBUTKAN ITU!

UCAPAN ITU SATU DOA!

TAKE CARE AND BE STRONG DATO SERI! WE NEED YOU!

Malaysian-2Day May 18, 2009 at 11:01 PM  

D.S., kami semua anak jati perak mendoakan kesejahteraan D.S. dan kami juga mendoakan kesejahteraan negeri Perak. InsyaALLAH kita akan memperoleh kemenangan walaupun sememang nya kita telah menang. Di harap D.S. tabah menghadapi serang peribadi dari puak2 fanatik PR ini.

Kami semua blogger pro BN akan cuba sedaya upaya untuk menangkis segala tohmahan mereka2 yang tidak bertanggung jawab ini.

BHM May 19, 2009 at 12:28 AM  

Salam YAB Datuk Seri...

Syabas dan tahniah atas kesabaran dan ketenangan Datuk Seri menghadapi krisis yang melanda Perak. Kita harap insiden dalam sidang DUN Perak pada 7 Mei baru2 ini dapat membuka mata rakyat utk menilai dgn lebih bijaksana lagi.

Teruskan perjuangan, jangan gentar dgn segala fitnah dan tuduhan pembangkang yg sudah hilang modal. Kebenaran pasti terjawab jua di akhirnya nanti.

ASPIRASI BARU - "Menyusur Transformasi, Menterjemah Aspirasi"

Anonymous May 19, 2009 at 1:43 AM  

Dear Dato' Seri,
I really admire your spirit. Keep it up. To me you n the rest of your team are fighters of the true meaning of freedom. Even if you dont associate yourself with Gandhi, to me, you & team are already one.
Good luck this Thursday, just do us a favor, please ensure that your lawyers AG and Cecil Abraham & Co are doing their level best . After all, its you n your team are at risk here and not them. Just a reminder, thats all. All eyes are on you Dato....

Senjaliza May 19, 2009 at 3:17 AM  

Dari Blog Anwar dan dinyatakan dari Malaysiakini:.....Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (menteri besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.......

Kefahaman saya saya ialah Perlantikan MB Perak mestilah atas perkenan DYMM Sultan. Tetapi melucutkannya hanya melalui keputusan keputusan UTP di DUN Perak.

Apakah kenyataan dalam Blog DSAI itu yang menyatakan bahawa MB tidak memegang jawatan itu atas perkenan Baginda itu benar dan sama seperti kenyataan Mahkamah Tinggi?

Anonymous May 19, 2009 at 11:16 AM  

salam.
mohon agar Dato Seri memaparkan aktiviti seharian Dato Seri dlm Blog Dato Seri ini seperti lawatan ke kampung2...aktiviti masyarakat dan sebagainya.Juga mohon agar Dato Seri dapat memaparkan jadual aktiviti bulanan Dato Seri dalam bentuk Kalender agar semua lapisan masyarakat dapat mengetahui segala akitiviti Dato Seri bersama masyarakat.Tq

Mandailing Rangkuti May 19, 2009 at 11:51 AM  

Salam DS,

Pada 31-8-09 akan datang ini genaplah Malaysia merdeka selama 52 tahun.

Dalam tempoh setahun dua kebelakangan ini sikap, perangai, tingkah laku sesetengah pihak cukup mencabar bukan sahaja kerajaan tetapi juga Raja-Raja Melayu dan rakyat melayu sendiri.

Percakapan dan perbuatan mereka banyak yang sudah melampaui batas.

Saya berpendapat sudah sampai masanya segala jenis undang-undang, akta dan enakmen dikaji semula.

Diperkemaskan. Diberatkan lagi tindakan dan hukumannya selaras dengan percakapan dan perbuatan yang mencabar kestabilan negara.

Perlaksanaan undang-undag perlu betul-betul tegas dan tiada tolak ansur.

Hendaknya isi kandungan setiap undang-undang, akta atau enakmen lebih tajam dari dari sebilah pisau yang berbisa.

Perundangan yang ada sekarang sudah banyak dimanupilasiakn oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan diri mereka hingga keputusan mahkamah yang paling tinggi(persekutuan) pun dikatakan salah membuat keputusan. Apakah martabat mahkamah persekutuan kalau keputusan mereka boleh dipersoal dan dipersenda diluar mahkamah.

Dalam senerio sekarang apakah cukup sekadar menghina mahkamah didalam mahkamah sahaja baru tindak boleh diambil?

Perlukah ISA dihapuskan dengan apa yang dinyatakan oleh pemimpin Hindraf sekarang dan perlakuan yang ditunjukan oleh pembangkang didalam Dewan Undangan Negeri Perak pada 7-5-09.

Jangan sekali-kali dengan manupilasi undang-undang yang ada sekarang kita terperangkap hingga orang melayu menjadi penumpang diTanah Melayu.

Cikgu May 19, 2009 at 12:51 PM  

When beset by harsh persecution, a person's true greatness is revealed. Enduring and triumphing over widespread criticism and slander is the mark of a champion of justice.

Those who cunningly avoid incurring criticism or attack and merely make a pretence of fighting for justice cannot be called leaders. They are simply swimming along cleverly without making waves.

Truth is the essence of victory. Those who fight intrepidly for the sake of the people, and the cause of justice, while personally bearing the brunt of persecution, attack, and vicious slander, are genuine leaders of wisdom and courage. This I wish to loudly proclaim.

Dato'Seri,

Thank you for all your tremendous efforts! Let's advance boldly, and strive fearlessly, to realise our noble goal of making the Perak state a better place for all the Perakians.

Salam perjuangan.

Kamarul Irzuan May 19, 2009 at 3:01 PM  

Berpalinglah daripada mereka...

Pada hari ini kemelut politik di Perak masih belum reda, hujan kabus kekalutan isu-isu para parti politik tidak henti-henti turun sehingga semua kerja terbengkalai...si pesawah, si penoreh, 'marketing man', budak dispatch, semuanya terasa ... soalan: SAMPAI BILA HUJAN AKAN TURUN?'

Bayangkan inilah hati dan perasaan rakyat Perak dengan apa yang berlaku sekarang...sampai bila Perak akan jadi aman..kalau dulu 'terlalu aman' sehingga Perak agak tertinggal dalam arus pembangunan tapi kini Perak sudah tidak aman, Perak lebih kedepan dan menonjol..malangnya apa yang berlaku, kedepannya Perak, menonjolnya Perak...masih tidak memberi sebarang faedah pada rakyatnya...sedih

Adat berpolitik..beginilah...ada sahaja isu yang akan dikeluarkan dan dihentam...buatlah apa sahaja semuanya tidak akan betul di mata pihak lawan...inilah kotornya politik...semuanya memakai topeng munafik!

Yang ternganga menggigit jari ialah rakyat Perak ...masih tidak terbela..business lembab, pembangunan beku, kontraktor seperti biasa mangsa pertama, rakyat jelata sehingga makcik pakcik di kampung yang tidak bersalahpun terasa peritnya...yang baik cuma kini rakyat lebih didekati oleh pemimpin...ah..dekat sahaja buat apa masih tidak mengubah apapun...nasib hidup melarat yang sama..

Wahai pemimpin kami, abaikan...abaikan...abaikan...dan berpalinglah dari memandang hanya kepada permainan politik..jangan diikut rentak tari mereka..berpaling dan teruskan agenda pembangunan membela nasib rakyat...itu lebih baik, insyallah rakyat lebih 'appreciate'.

Sekarang bukan masanya rakyat mahu lihat siapa lebih petah menjawab isu-isu terkini, sekarang masanya rakyat mahu lihat siapa lebih cekap membela nasib mereka!

Apa disibuk menjawab isu-isu bodoh itu, bukankah Al Quran sudah mengajar kita bahawa jika datang kepada kita sesuatu perkhabaran maka masa akan menentukan ia benar atau tidak..

Maka jika kamu wahai pemimpin tidak betah sibuk menjawab isu-isu dan meneruskan agenda pembangunan untuk semua..insyallah masa akan menentukan bahawa isu-isu tidak benar dan hanya mainan politik..hasil daripada perjanjian-perjanjian syaitan....

Tetapkan Iman dan istiqamahmu..teruskan menjaga dan menjalankan amanah Allah..wallahualam!

Anonymous May 19, 2009 at 4:03 PM  

Hakikatnya tindakan melompat oleh 3DUN merugikan rakyat, tidak kira UMNO atau pun PKR. Siapa melakukan mereka sudah dianggap tidak bermaruah oleh rakyat.

Buat masa ini, terkena kepada BN. Masa depan siapa tahu?

rmf7 May 19, 2009 at 4:44 PM  

Assalamualikum Dato. Pertama sekali saya mengucapkan tahniah diatas pembinaan Blog ini, untuk memberikan penerangan yang jelas kepada akar umbi situasi politik didalam negeri Perak yang tercinta ini. Penerangan secara terus dan telus daripada Dato mungkin sedikit sebanyak akan membuat rakyat Perak berfikir semula. Kalau dahulu Anwar Ibrahim memainkan peranan didalam ceramah ceramah yang dia kunjungi dan hanya sedikit sahaja penjelasan yang dapat diterima oleh rakyat didalam sesuatu isu. Serangan psikologi telah lama dimulakn oleh anwar kepada rakyat perak. Dengan wujudnya blog ini,saya dari Gerbang tempur UMNO Perak atau www.myperak.net akan terus bersama Dato didalm perjuangan demi Agama Bangsa dan Negara.

blog saya:

http://rmf7.wordpress.com

Malim nawar May 19, 2009 at 4:51 PM  

Yang bacul dan perompak adalah Nizar yang senantiasa menjadi kuda belang Ngeh dan Nga.

Nizar ni masa ceramah di kawasan majoriti Cina, sat..sat tu mengaku dia bukan melayu tulen, dia kata mak dia Cina..

Masa ceramah kat melayu pulak, dia kata dia cuba mempertahankan kerajaan Islam, Umno ni zalim, memusnahkan islam, Umno ni menghancurkan Islam pimpinannya, zalim..tapi dalam masa yang sama elok aje dia sembahyang dalam masjid jalan diary ..aman..tak dizalimi..siap lambai tangan kat semua orang..

kat depan orang India dia kata dia akan perjuangkan hak orang India,tapi 11 bulan perintah Perak, satu rumah orang miskin India pun dia tak bina

Nizar ni zalim orangnya, dia pernah tuduh abang dia Radhi Jamaludin kafir sewaktu abang dia baru nak suap nasik kat mulut . Dia kata kat mak dia masa abang dia baru nak makan " mak buat apa bagi makan kat orang kafir ?" hatta dari situ abang dia keluar dari rumah..

ini bukan cerita tipu, ini cerita dalam kain Nizar..tu pemimpin Islam kononnya, dengan adik beradik sendiri pun dia kata kafir, laa ni Allah taala nak tunjuk, dia jadi KULI BATAK ngeh dan Nga..

kalau pembaca nak tau, hari yang Nizar berkuasa, Ngeh immidietly suruh Abu Zar ( Pengarah PTG) dok cari fail tanah 999 tahun tu nak bawak mesyuarat malam tu jugak..sikit punya komunis ka DAP di Perak nih..

Nizar..Ahmad Awang..cukup..cukup la jadi kuli batak DAP..bawak2 mengucap panjang..dan perlu ingat, kenapa nak terus jadi balaci komunis?

Mohd Sufian May 19, 2009 at 5:22 PM  

Semoga kemenangan dipihak yg benar.

Datu Sulaiman May 19, 2009 at 6:23 PM  

Asslmkm YAB Datuk.

Saya sebagai seorang rakyat biasa ingin mencadangkan supaya YAB Datuk memohon perkenan DYMM Sultan untuk membubarkan DUN supaya satu pilihanraya baru dapat diadakan.Saya berpendapat bahawa kemelut politik Perak lebih mudah diselesaikan melalui pilihnaraya. Sebagai kompromi, mungkin YAB Datuk boleh berjumpa dan berbincang serta membuat perjanjian dengan pihak lawan supaya sebagai menghargai kesudian BN membubarkan DUN seperti mana yang diharap-harapkan oleh pihak lawan (PR) maka letakkan mereka syarat bahawa jika pilihanraya diadakan, Datuk Nizar dan Datuk Ngeh hendaklah bersetuju untuk tidak bertanding..

Terima kasih.

ahmad kamal May 19, 2009 at 7:42 PM  

Memang begitu fe'el pembangkang.

Temuramah Dr.Zamri dan Nizar dalam Berita Minggu yang lalu perlu dibaca secara teliti.

Hujahan melulu tanpa fakta mengakibatkan pemasaalahan ternampak semakin kusut.

Secara matematik, jika sebelum ini PR 31, BN 28 maknanya PR memerintah. Sebaliknya jika sekarang BN 28+3=31, PR 28 maka BN pula memerintah.

Yang lain-lain hanya akademik.

Jika semua faham apa erti demokrasi, maka perkara ini langsung tidak berbangkit.

Memanglah apabila berpolitik, maknanya jika ada dua pasukan, maka sudah tentu masing-masing mempunyai strategi masing-masing untuk mengalahkan lawan.

Akhirnya satu pasukan akan menang.

Jika main bolasepak, pasukan kalah selalu akan menyalahkan pengadil yang tidak adil??

Perlukah berlaku keadaan sebegini??

A.M.A.R.A.N Dari Gunung May 20, 2009 at 12:19 AM  

Tahniah yab dr. You look cool in every situation. Itu lah tanda orang berilmu dan beramal. I admire you for what you are and not you for what you be. May Allah bless you for the sake of Perakian. Old Folk. Muhaimin

GuruBashid May 20, 2009 at 6:24 AM  

Assalamu'alaikum Dato' Seri,

Saya harap ada penyelesaian muktamad selepas keputusan diketahui pada 21 Mei ini. Saya berdoa keputusan akan menyebelahi Dato' Seri. Tetapi jika keputusan berpihak kepada Nizar tindakan yang lebih berkesan harus diambil. Rakyat Perak mengharapkan penyelesaian sebab mereka sudah muak dengan politiking berpanjangan. Saya yakin Dato' Seri pun percaya yang Tuhan tidak menetapkan satu cara untuk mengurus masalah yang berkaitan dunia dan maslahahnya. Ingat sebuah hadith Nabi sebagai dorongan, "antum a'lamu bi umuri dunyakum" yang bermaksud "Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu (bagaimana penyelesaiannya).Kepakaran Dato' Seri dalam pemikiran politik mungkin membantu. Rakyat Perak mendo'akan.

HaruManis May 20, 2009 at 11:18 AM  

Dato', saya amat bangga mempunyai pemimpin seperti Dato'. Semoga Allah memberkati segala usaha Dato' dan memulihkan kestabilan di Perak. Insyaallah.

basic 2009 May 20, 2009 at 12:42 PM  

Syabas Dr. Zambry - Pendekar Melayu!

teruskan usaha mu sekarang ...
kita jutaan Melayu Islam mengharapkan orang seperti mu di Perak

kita berikrar akan hancurkan Pakatan Rakyat celaka dari membuat kerosakan di Tanah Melayu tercinta ini!!!

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku !!!

md zakhir May 20, 2009 at 1:36 PM  

salam dato,

dato'tunggu dan lihat apa yg akan belaku..putar-belit,tipudaya,fitnah ini semua bukan dosa bagi mereka..malah HARUS bagi dia orang ni..tidak perlulah kita nak ikut alun gendang kencana dia orang ni..saya dah naik muntah dgn dia orang ni..kalau kita buat dia kata salah,dosa kenerakalah kita..tapi kalau dia buat..katanya harus dan ini merupakan perjuangan...peerah....

mohdzakhir

Cekati Tembaga May 20, 2009 at 2:25 PM  

ASSALAMUALAIKUM
KENAPA TIDAK YAB DATO SERI USULKAN KEPADA SPEAKER UNTUK MENGADAKAN SIDANG TERGEMPAR DUN SEGERA UNTUK MENGADAKAN UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NIZAR?

ATAU ADAKAH TERDAPAT APA-APA HALANGAN PERUNDANGAN UNTUK BERBUAT DEMIKIAN SEBELUM PENGUMUMAN MAHKAMAH PADA 21 HB NANTI?

TERIMA KASIH.

Pejuang Bangsa May 20, 2009 at 4:21 PM  

saya setuju pandangan Dato mengenai taktik dan helah pembangkang yang kini kian terdesak sehingga mereka memutar belit kenyataan Datuk dalam blog ini yang menyamakan perjuangan Dato dengan Mahatma Ghandi dan Nelson Mandela . Saya ada juga membaca dalam akhbar Siasah mengenai artikel Dato ituy yang diputarbelitkan .

BN perlu tabah dan kuat semangat dan saya menyambut baik pengedaran video cd kerakusan merebut kuasa pada sidang DUN 7 Mei oleh BN secara percuma itu kepada rakyat supaya rakyat dapat menilai tingkahlaku pembangkang yang kurang ajar. Mungkin bagi kami golongan muda boleh melihat melalui internet dan you tube tetapi golongan tua dia kampung perlu melihat kebenaran ini semua.

teruskan perjuangan Dato

kami akan terus menyokong Dato dan BN

pejuang bangsa

Anonymous May 22, 2009 at 8:18 AM  

Assalamualaikum DS.

Saya sungguh hairan perubahan dasar perjuangan PAS. Dulu pemimpin mereka menyalahkan UMNO kerana berkongsi kuasa dengan kaum bukan Islam.

Hari ini waktu mereka berkuasa selama 11 bulan dengan siapa mereka berkongsi kuasa.

Dulu didalam siri ceramah mereka,
dibaca Surah Ali Imran Ayat 28 separuh yang bermaksud 'Janganlah orang2 yang beriman mengambil orang2 kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang2 yang beriman.' Mereka berhenti disitu padahal ada sambungannya.

Sekarang tak dengar dah ayat itu dibaca dalam ceramah2 yang mereka adakan.

Siapa yang mempermainkan agama?

-ahbz-

Anonymous May 22, 2009 at 10:38 AM  

Assalamualaikum

Saya merupakan bekas AJK Bahagian Pemuda di Perak Selatan. Izinkan saya memberi pandangan. Saya merasakan kerajaan Barisan Nasional terlalu gopoh untuk mengambil Kerajaan Negeri sebelum sidang DUN. Perkara ini jelas bahawa Menteri Besar sepatutnya dilucutkan melalui sidang DUN. Kita sudah mempunyai majoriti jadi tak perlu digusarkan. Ikut prosedur, kita gugurkan Speaker terlebih dahulu, kemudian kita gugurkan Menteri Besar Ir. Nizar. Itu lebih mudah daripada menghabiskan masa dan menyebabkan rakyat lebih keliru.

Jangan mengatakan kita sentiasa yang betul, sebabnya banyak perkara yang UMNO buat telah mengguriskan perasaan orang melayu.

UMNO harus meletakkan perjuangan lebih relevan sekiranya mahu sokongan rakyat semula khususnya golongan muda


AL-Azmy

Mohamad Izwan Zainal May 22, 2009 at 10:51 AM  

Salam perjuangan kepada Bangsa Melayu semua...

Dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dengan menyatakan pendirian Barisan Nasional tidak menyertai pilihan raya kecil di Penanti adalah keputusan yang bijak dan rasional dan merupakan salah satu strategi bagi melemahkan Parti Pakatan Rakyat di Malaysia.
Oleh yang demikian, kita akan dapat melihat kerapuhan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil di Penanti ini. Hanya kerana kuasa, mereka akan berebut-rebut dan seterusnya menjatuhkan krediabiliti parti berkenaan.

Kuasa yang dimiliki oleh pucuk pimpinan parti PAS dan Keadilan adalah lemah dan tidak berpengaruh dalam merencana kepercayaan parti-parti komponen dalam pakatan rakyat. Ini adalah salah satu medium yang akan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang ditadbir mereka di negeri-negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta tidak lupa Selangor.

Nik Aziz yang ternyata lemah dalam pentadbiran Negeri Kelantan dan pentadbiran Parti PAS adalah menjadi punca kepada kejatuhan undi PAS pada pilihan raya akan datang. Beliau yang ternyata tidak mampu menahan gelora nafsu ahli-ahli PAS dalam pentadbiran kerajaan negari selain Kelantan mampu manjahanamkan parti PAS suatu masa kelak. PAS membawa konsep pentadbiran berteraskan "ULAMA SONGSANG".

Dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib akan mampu memecah-belahkan parti pembangkang di Malaysia. Kerapuhan ikatan pembangkang di Malaysia kini terserlah, cuma masih dilihat kukuh oleh penyokong tetap mereka yang hanya menyokong membabi-buta. Mereka-mereka ini hanya menyokong kerana adanya rasa kebencian kepada UMNO.

Anwar yang ternyata liberal dalam perjuangan dalam mengambil tampuk pemerintahan negara akan memakan diri beliau satu hari kelak. Beliau yang sanggup memperdagangkan ISLAM dalam politik beliau Insya Allah akan memakan diri beliau sendiri. Sama-sama kita mendoakan kebenaran dalam menerajui Negara Malaysia.

PAS dan Keadilan akan tumbang dengan permainan politik kotor mereka, mereka akan terjerat dengan jerangkap samar yang mereka cipta sendiri. Jerangkap samar yang mereka buat akan menjerut leher mereka. Dikala itu mereka tidak akan bernafas dengan mudah, dan jatuh dengan sendirinya tanpa serangan peribadi yang perlu dilakukan Barisan Nasional.

Anonymous May 22, 2009 at 4:04 PM  

tahniah dato seri...
br td dpat makluman dato seri disahkan sebagai mb yg sah
dalam bergembira jgn lupa tanggungjawab yg dtg bersama

1Malaysia May 22, 2009 at 4:31 PM  

TAHNIAH ...YANG MENANG BUKAN MENANG SEMUA DAN YANG KALAH BUKAN KALAH SEMUA...RENDAHKAN DIRI SERAHKAN DIRI PADA ALLAH SEMUGA ALLAH TUJUKKAN JALAN YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT PERAK DAN MALAYSIA

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) May 22, 2009 at 4:39 PM  

DS Dr Zambry,

Tahniah kerana kekal MB Perak.

Jika Nizar buat rayuan, kena bersedialah selepas ini.

Saya orang Kuala Kangsar berharap Negeri Perak tetap maju di bawah BN.

Sekian.

yeopPERAK May 22, 2009 at 4:49 PM  

SALAM PERJUANGAN
TAHNIAH DS ZAMRI..KEPUTUSAN YG BAIK INI MEMBERIKAN ANDA SATU TUGAS YANG MENCABAR SEMOGA ANDA DPT MEMBANGUNKAN NEGERI PERAK YANG KITA CINTAI..TAHNIAH JUGA KPD BPN DAN PEMBACA BLOG YEOP.TAK LUPA JUGA KEPADA PENYOKONG PAKATAN TERIMALAH SEPERTI MANA KAMI MENERIMA KEPUTUSAN TERDAHULU..TERUSKAN PERJUANGAN.
TAHNIAH JUGA KEPADA SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK..SYUKUR...

Loy Ipoh May 22, 2009 at 6:03 PM  

Tepat skali DS :P

Anonymous May 22, 2009 at 8:37 PM  

efsalam datuk sri, tahniah atas kemenangan umat islam dan rakyat ini. teruskan berkerja untuk rakyat. dan sampaikan mesej yang jelas buat rakyat akan kemenangan ini milik umat islam. biar pas malu!!!

www.gomounited.com

Mata Hati Jiwa May 22, 2009 at 8:52 PM  

Salam DS..
tahniah diatas keputusan makamah...
Hidup BN..
kami dari warga BPN blogger pembela negara amat bersyukur.. segala tomahan dari pihak pembangkang kami akan tentang habis-habisan..

Hidup Barisan Nasional
ALLAHUAKHBAR!!!

UMNO_88 May 23, 2009 at 12:35 AM  

kepada dr zambry,

assalamualaikum. saya merupakan rakyat jati pulau pinang. dari kecil sampai besar saya mengetahui apa yang berlaku dlm pulau pinang. saya merupakan putera umno kawasan kepala batas. saya berharap sangat2 dato' seri dapat memberi khidmat kepada orang2 melayu perak. jangan tunduk pada tindakan bangsa2 lain. saya sedih lihat bila cina mula mainkan ayat2 al quran. saya juga berharap UMNO perak dapat memajukan lagi ekonomi negeri. jangan kita lupa pada yang esa.. walaupun saya muda,tapi saya dah rasa macam2 pengalaman dalam politik. syukur dan tahniah diatas kemenangan dato' seri. semoga allah merahmati kita. hidup islam! hidup melayu! hidup umno!!! kami orang muda UMNO tetap berada di belakang dato' seri untuk melawan pengkhianat2 negara.. "takkan melayu hilang didunia"

Parpu Kari May 23, 2009 at 3:09 AM  

ALHAMDULILLAH DATO SERI, KEMENANGAN TELAH BERPIHAK PADA DATO SERI KALI INI!

MAJUKAN PERAK DATO SERI! KAMI TETAP BERSAMAMU SELAMANYA!

Sasha2020 May 23, 2009 at 6:50 PM  

Saya memang setuju betul dgn ulasan Dr. Kesian Nizar. Dia sebenarnya dah boleh terima apa yg Sultan bagi tahu kat dia supaya meletak jawatan. Tapi akibat dari pengaruh dan pujukan dari kawan-kawan DAP , maka dia mengambil tindakan undang-undang seperti mana yg disyorkan oleh DAP.
Memang si Nizar ni tali barut dan puppet kepada DAP.

sikucingsiam May 23, 2009 at 11:04 PM  

salam dato' seri..

sekalung ucapan tahniah kepada dato seri kerana telah berjaya di dalam rayuan dato' di mahkamah. sekarang telah terbukti bahawa kebenaran itu berada di pihak yang betul..
walaupun saya bukanlah anak jati perak darul ridzuan, tetapi sebahagian besar zaman persekolahan saya di negeri perak..apa yang menjadi harapan saya ialah, dato' seri dapat membangunkan negeri perak agar menjadi bertambah maju, aman dan makmur..
tahniah dato' seri

Mandailing Rangkuti May 24, 2009 at 1:30 PM  

Salam Dato' Seri,

WE WANT YOU TO BE A STATESMAN AND NOT ONLY A POLITICIAN BECAUSE A STATESMAN THINKS OF THE NEXT GENERATION AND A POLITICIAN THINKS ONLY OF THE NEXT ELECTION.

Capt's Longhouse May 24, 2009 at 2:40 PM  

my friend,

don't fall into a trap and be cornered in their childish game, just move forward and deliver to the raayat your best !
we want to see real plans/actions and positive change rather than all these stupid issues. let the court decide and run its course o.k. you don't have to defence your act as long as its legal and right.
you are a smart guy, so don't get dragged into explaining their nonsense, we are matured enough to appreciate what is right and wrong.
STOP the politiking and get to WORK,,,we will support you, so lead and lets move on.
We have had enough of politics !!! really sick of it.

raspintar May 24, 2009 at 7:08 PM  

Dalam apa jua perkara bertindaklah dengan bijak kerana amanah yang disandang itu bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan, ianya datang dengan tanggungjawab.

Bukan masanya kita gelak ketawa atau meriah merayakan apa saja tetapi susunlah semua strategi supaya tanah dan air tidak lagi terhakis.

Kenalilah - yang jauh itu bukannya musuh manakala yang dekat itu pastikan bukannya mengejar khazanah melainkan bersama-sama memikul amanah yang perlu disempurnakan.

Berbaik-baiklah sesama kita. Utamakan ilmu jika tidak musuhlah menjadi sahabat.

____

Salam hormat dari kami.

Manzaro May 24, 2009 at 11:32 PM  

Salam YAB Datuk Seri...

Nampaknya diinternet (http://www.matamin.blogspot.com) sudah ada individu yang mahu mempromosikan simpati terhadap PKM. Diharap dapat diawasi kerana tidak mahu generasi muda yang kurang arif tentang sejarah terpengaruh sepertimana mereka terpengaruh dgn propaganda pihak pembangkang. Sebelum jadi masalah di kemudian hari..

Sekian untuk makluman

budak kampung online May 25, 2009 at 4:06 PM  

Salam. Bangga bila RAKYAT PERAK SENDIRI yang memilih menteri besar.

Anonymous May 25, 2009 at 9:10 PM  

Dato Seri,
ikhlaskan diri dlm memajukan bangsa & negeri Perak tercinta ini, insyaAllah saya senantiasa bersama Dato. Cuma ingatlah selalu, setiap gerak laku Dato kini menjadi perhatian musuh untuk menumbangkan Dato. Maka haruslah berusaha utk menjadi MB terbaik utk rakyat Perak.

leman May 25, 2009 at 10:27 PM  

harap dapat tuan dan blog pro umno sokong kempen no2anwaribrahim916 dan naikkan logo no2anwarivrahim916 TQ silalayari http://no2anwaribrahim.blogspot.com

Faizal Nizam May 25, 2009 at 11:20 PM  

tahniah dato' seri atas kejayaan baru baru ini.. akhirnya kebenaran berpihak kepada dato' seri. :)

Anonymous May 26, 2009 at 12:11 AM  

goo...BN...goo perak...goo...Dr.Zambry...


Goo back pkr...goo back la...blik la

Mandailing Rangkuti May 26, 2009 at 12:59 AM  

Salam Dato' Seri,

Dalam lingkungan sempadan Bandaraya Ipoh ada tiga bahagian UMNO iaitu Ipoh Barat, Ipoh Timur dan Tambun.

Sejak kawasan persempadanan seperti tersebut diatas dilaksanakan hingga ke hari ini, Dato Seri rasa-rasalah pernahkah ketiga-tiga Ketua Bahagian itu duduk semeja berbincang mengenai nasib orang melayu di Ipoh ini. Apa yang telah mereka lakukan untuk kemajuan orang melayu di Bandaraya Ipoh terutamanya didalam bidang ekonomi.Apa yang mereka pentingkan? Kalau nak dilihat dari kelulusan dan jawatan yang ada pada 3 ketua bahagian ini, bukan calang-calang orangnya. Sekiranya mereka bertiga ini betul-betul ikhlas dan jujur berjuang untuk bangsa terutama bangsa melayu di Ipoh saya rasa sudah lama mereka akan sepakat berusaha, berikhtiar dan berhempas pulas membela nasib bangsa mereka di Ipoh.Nampak gayanya setakat ini mereka mahukan jawatan untuk memajukan diri mereka dahulu.Diri dah maju pun bangsanya masih ketinggalan.

May be they are true politician and not a statesman because they only think of the next election and not of the next generation.

So Dato Seri, don't you think you need to impose KPI on these guys.Please make them really work for the malays in Ipoh.

Tidak mengejutkan sekiranya suatu hari nanti MCA boleh tuntut kerusi parlimen Tambun. Tengoklah pembangunan Sunway City itu bagaimana.

Janagn lupa Dato Seri, matlamat MCA dan DAP adalah sama. Yang berbeza hanya cara mereka berjuang. Satu berjuang dari dalam dan satu lagi berjuang dari luar.

Saya amat yakin didalam dewan perniagaan cina semua ada, MCA,DAP dan Gerakan. Tetapi didalam dewan perniagaan melayu bagaimana? berapa ramai orang PAS atau parti-parti melayu yang lain.Harap faham apa maksud saya ini.

Dato Seri' sudah berkata bahawa sekarang masanya untuk bekerja keras membangunkan negeri. Saya berharap dalam bekerja keras itu keraskan juga kerahan keatas ketua-ketua bahagian yang complacent itu.

Kadang-kadang dalam demokrasi kena ada di-mau-dikerasi.

Jangan takut bertindak Dato' Seri. Ramai yang menyokong Dato Seri. Tetapi awas yang sokong membawa rebah. Jeling-jelinglah sekeliling.

Wassalam.

budak Ipoh May 26, 2009 at 6:35 PM  

Assalamualaikum YAB DS.

Tahniah DS dan syabas...
tapi perjuangan belum selesai kerana perang gerila dan perang saraf baru bermula...
Teman sebelum ni tak pernah nak libat dgn politik...sikit pun...
Insyaallah akan menyokong YAB DS selepas melihat banyak kepincangan dalam pemerintahan 3N yang lalu...

Media Siber May 27, 2009 at 7:51 AM  

diharapkan bersabar .. :)

Anonymous May 27, 2009 at 4:41 PM  

APAKABO YOB
Macam mana Perak teman harap OK dan terus OK

ADI JAGAT PUTRA May 28, 2009 at 8:19 AM  

ASSALAMUALAIKUM WBT ///

SALAM PERJUANGAN UNTUK Y.A.B DATO SERI,SEMOGA BEROLEH KESIHATAN DAN RAHMAT DARI ALLAH SWT.

RASANYA TAK TERLAMBAT UNTUK SAYA MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA Y.A.B DATO SERI KERANA KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN MENYEBELAHI PIHAK YANG BENAR.

KAMI AKAN SENTIASA BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KEPIMPINAN Y.A.B DATO SERI.

JIKA KEKANDA Y.A.B DATO SERI SUDI LAWATI LAH BLOG SAYA DI
http://adijagatputra.blogspot.com/

dari adijagat putra dan Kekanda Zul Bajau-Taiping Perak///

Goh Wei Liang May 28, 2009 at 6:15 PM  

Dr Zambry. Saya anak Perak dan berharap Dr Zambry terus memimpin Perak.

Perak memerlukan usaha Dr Zambry terutamanya dalam isu ekonomi. Semoga Perak Maju ke hadapan.

Ada satu perkara yang Dr Zambry perlu uruskan. Blog Perak Daily menggunakan panggilan "Laman Rasmi Menteri Besar Perak".

Itu tidak betul dan Dr Zambry perlu mengambil tindakan terhadap blog Perak Daily.

Hidup BN !

MyName May 29, 2009 at 10:56 PM  

slm slmt berjuang YB.

smga suara2 sumbang akan memahami perjuangan YB.

arfa June 2, 2009 at 5:12 AM  

salam dato seri.satu saja saya nk tanya kalaulah BN ni kuat dan menjadi pilihan rakyat perak,kenapa dato seri takut untuk bubarkan dun perak?apa yang saya lihat dari bulan feb dulu perak tk pernahnya aman dari gelora politik,in akan menyebabkan ekonomi dan sosial rakyat perak akan terancam?dimanakah slogan pm kita rakyat diutamakan???harap dato seri pertimbangkan,dari rakyat marhain ni....wassalam,,

Post a Comment

Biodata/Profile









DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR
MENTERI BESAR PERAK KE-11


Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A

Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

Kepakaran :



Akademik:

Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam

Pentadbiran

Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding
Politik

Organisasi Politik | Penyelidikan Politik
Lagi Profil

Sedang Layari/Currently Online

Kunjungan/Visitor

Sejak 1 Mei 2009

Google Ranking


Powered by  MyPagerank.Net

Statistik/Stats