MEDIA DAN SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media kerana membangkitkan soal meghadkan bilangan wartawan serta bilangan media yang akan dibenarkan membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri Perak pada 7hb Mei ini.

Walaupun arahan ini bukan datangnya daripada saya ataupun pejabat saya, adalah menjadi tugas saya untuk menjelaskan mengapa cadangan berkenaan dibuat oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Sebab utama arahan itu dikeluarkan ialah kemampuan bilik media DUN untuk menampungi jumlah wartawan bagi memastikan keselesaan semasa membuat liputan. Ini adalah disebabkan jumlah yang akan menghadiri kali ini di luar jangkaan.

Bagaimanapun atas nama “kebebasan media” saya telah pun meminta Jabatan Penerangan untuk membenarkan semua media arus perdana termasuk akhbar-akhbar Cina dan Tamil untuk dibenarkan membuat liputan. Ini juga termasuk sesetengah media baru (new media) termasuk rakan-rakan bloggers.

Saya percaya kepada kebebasan media dan adalah tidak adil untuk menghalang mana-mana media arus perdana termasuk akhbar Harian Metro dan Kosmo! untuk membuat liputan.

Bagaimanapun, kebebasan media tidak harus disalah-ertikan sebagai satu “kuasa” untuk membuat pemberitaan palsu, fitnah dan spekulasi yang tidak bertanggungjawab.

Kebebasan mutlak akan mewujudkan anarki.

Thomas Jefferson, presiden Amerika Syarikat yang ketiga, yang turut dianggap sebagai pejuang awal kebebasan media, mengingatkan tentang kebebasan media yang keterlaluan. Dalam suratnya kepada George Washington pada tahun 1792, beliau menulis : No government ought to be without censors and where the press is free, no one ever will. (Tiada kerajaan yang sepatutnya tanpa penapisan dan di mana media bebas, tiada rakyat yang akan merasai kebebasan)

Kerajaan Barisan Nasional Perak misalnya menerima hentaman negatif yang tidak adil sejak Februari lepas. Atas nama kebebasan media (yang mutlak?) berita yang berat sebelah, penulisan berunsur fitnah serta tidak beradab telah dibuat terhadap diri saya dan juga kerajaan negeri.

Bagaimanapun bukan semua media yang bersikap demikian, hanya segelintir termasuk beberapa media baru yang dirasakan tidak bersikap adil terhadap kerajaan negeri Perak. Namun saya tidak mengarah agar akhbar mereka dipulaukan oleh kerajaan negeri.

Beberapa rakan menasihatkan saya supaya tidak melayan media-media ini. Tetapi, sebagai seorang pemimpin saya harus berdepan dengan mereka ini untuk cuba menjelaskan keadaan. Saya secara terbuka memberikan ruang kepada mereka termasuk kelompok media baru seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini untuk menemu bual saya.

Mungkin sikap saya yang terbuka menjadikan saya sasaran utama bagi sesetengah media ini.
Di sebalik itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada media-media yang memberikan saya ruang untuk menjawab pelbagai tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan. Kepada semua media saya ucapkan selamat membuat liputan DUN Perak pada 7hb Mei ini.

Harapan saya agar memberikan saya serta kerajaan Negeri ruang untuk membuktikan keupayaan kami mempertahankan hak rakyat serta membangunkan negeri Perak yang tercinta. Barang dijauhkan apa-apa jua cubaan yang dilakukan oleh mereka yang sedang membakar sentimen rakyat yang tidak berdosa bagi memenuhi kegilaan kuasa mereka.

Salam perjuangan.

31 comments:

Parpu Kari May 3, 2009 at 5:55 PM  

SALAM PERJUANGAN DATO SERI,

BAGUS BETUL BETUL PENERANGAN DATO SERI!

SEKARANG APA LAGI DEPA NAK CAKAP?

LIHATLAH KENAPA KAMI ORANG PERAK MENYANJUNG TINGGI MB PERAK NI, KERANA BELIAU ADALAH SEORANG YANG BERTANGGUNGJWAB, BERANI DAN AMAT 'DOWN TO EARTH' ORANGNYA!

SAYA BUKAN NAK BUTTER MB PERAK, TAPI INILAH HAKIKATNYA!

BELIAU SEORANG YANG ADIL DAN SANGAT BAIK HATI ORANGNYA, AYUH RAKYAT PERAK, MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYOKONG DATO SERI DR ZAMBRY UNTUK MEMAJUKAN NEGERI PERAK KE TAHAP YANG LEBIH BAIK LAGI!

JUMPA DI PERAK NANTI DATO SERI! KEEP STEADY!

YOU ARE THE BEST MB!

ruang bicara faisal May 3, 2009 at 6:33 PM  

terima kasih ds kerana menunjukan sikap terbuka anda.

mereka sering bercakap pasal kebebasan media. tapi mereka sendiri sana sini tak bagi media tertentu buat liputan terhadap kerajaan pimpinan mereka di beberapa buah negeri. kebebasan media apa semua ni ? cakap tak serupa bikin

utusan malaysia sering dilabelkan buruk2 oleh pas dan pkr. tapi 'seburuk-buruk' utusan pun bukan semua berita buruk untuk pas dan pkr disiarkan. ada juga berita2 baik.

tetapi,pernahkah harakah , harakah daily,suara keadilan dan roket keluarkan berita2 yg baik2 terhadap kerajaan. tidak pernah sama sekali. kalau ada penyokong2 parti pembangkang yg boleh keluarkan bukti media mereka pernah melaporkan berita2 baik kpd kerajaan,saya berani potong jari kelingking saya.

jadi dalam soal ini siapa yang lebih telus ? BN atau pembangkang.

sedikit 'pesanan' utk tuan/puan sekalian.layari link di bawah ini
http://faisalrohban.blogspot.com/2009/04/kenapalah-manusia-yang-bernama-nizar-ni.html

Medan Info Kita May 3, 2009 at 7:06 PM  

tahniah datuk seri mb..,

semoga allah melindungi kita dan gagalkan semua usaha2 jahat pembangkang, amin.

arifomar May 3, 2009 at 8:06 PM  

TAHNIAH DATO ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI MB DAN PEMBUKAAN BLOG INBI. SEMUGA IA MENJADI PLOTFORM UNTUK RAKYAT MENYUARAKAN PENDAPAT DAN MENDAPAT PERHATIAN DARI DATO. TQ

Jeffry May 3, 2009 at 10:18 PM  

SALAM ZIARAH DATUK Z
SELAMAT BERSIDANG DATUK. SEMOGA PERJALANAN SIDANG AKAN DTG BERJLN DGN LANCAR TANPA SEBARANG GANGGUAN.
KEPUTUSAN DATUK UTK MEMBENARKAN PIHAK WARTAWAN DAN MEDIA2 ELEKTRONIK MEMBUAT LIPUTAN SEWAKTU SIDANG BERLANGSUNG MEMBUKTIKAN BAHWA BN MENGAMALKAN SIKAP KETERBUKAAN. SEHARUSNYA SELEPAS INI TIDAK ADA SUARA2 SUMBANG YG MEMPERTIKAIAN KEBEBASAN YG TELAH DIBERI

Parpu Kari May 3, 2009 at 11:14 PM  

SALAM DATO SERI, SAYA NAK SHARE SIKIT INFO DARI BLOG SAYA...

HELLO EVERBODY, HOT ISSUE IN PERAK!

READ IT HERE,

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/ringkasan-dari-ceramah-dap-di-perak.htm

WaLeH May 4, 2009 at 8:00 AM  

Alhamdulillah...

lega rasanya hati membaca penjelasan YB tentang isu ni..

Terima kasih banyak YB meleraikan kekusutan tentang isu ni.. Harap yang mana menghentam YB berfikir kembali tentang apa yang YB jelaskan..

Anonymous May 4, 2009 at 8:56 AM  

Saya tertarik dengan petikan kata-kata Thomas Jefferson yang DS muatkan dalam blog ini: "No government ought to be without censors and where the press is free, no one ever will."

Dan ini terjemahan DS untuk kata-kata tersebut: "Tiada kerajaan yang sepatutnya tanpa penapisan dan di mana media bebas, tiada rakyat yang akan merasai kebebasan"

Malang sekali, DS hanya memetik separuh dari apa yang diungkapkan oleh Thosmas Jefferson. Ubgkapan penuuh beliau berbunyi begini:

"No government ought to be without censors, and where the press is free, no one ever will. If virtuous, it need not fear the fair operation of attack and defence. Nature has given to man no other means of sifting out the truth whether in religion, law or politics. I think it as honorable to the government neither to know nor notice its sycophants or censors, as it would be undignified and criminal to pamper the former and persecute the latter." --Thomas Jefferson to George Washington, 1792. ME 8:406

Mungkin DS ingin menterjemahkan keseluruhan ungkapan diatas untuk bacaan semua pengunjung blog DS.

Dan ini pula ungkapan2 dari Thomas Jefferson dalam tajuk yang sama:

"Considering [the] great importance to the public liberty [of the freedom of the press], and the difficulty of submitting it to very precise rules, the laws have thought it less mischievous to give greater scope to its freedom than to the restraint of it." --Thomas Jefferson to the Spanish Commissioners, 1793. ME 9:165

"It is so difficult to draw a clear line of separation between the abuse and the wholesome use of the press, that as yet we have found it better to trust the public judgment, rather than the magistrate, with the discrimination between truth and falsehood. And hitherto the public judgment has performed that office with wonderful correctness." --Thomas Jefferson to M. Pictet, 1803. ME 10:356

Selamat 'bersidang' pada 7hb Mei nanti.

Zul Anak Perak

mie May 4, 2009 at 1:38 PM  

semoga maju jaya :)

Zulkifli Zabidin May 4, 2009 at 2:12 PM  

YAB Dato Seri,

Tindakan membenarkan pengamal media untuk membuat liputan pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak 7 Mei nanti adalah langkah tepat dan sepatutnya dialu-alukan.

Kenyataan tentang kebebasan media yang sepatutnya munasabah wajar dihayati oleh semua pihak khususnya pengamal media sendiri.

Tidak ada sesuatu pun yang mutlak di dunia ini melainkan tersyarat oleh undang-undang, peraturan, budaya dan adat resam. Teratas sekali di antara sekian banyak udang-undang dan peraturan itu ialah AGAMA.

Sekiranya media maya yang digunakan untuk menghentam dan mengutuk, justeru sebaiknya media maya jugalah digunakan untuk menjawab.

Selamat bersidang.

kamarul May 4, 2009 at 2:15 PM  

Salam Dato' Seri,

Saya cukup yakin yang kerajaan BN akan mengatasi semua kemelut yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Propaganda pihak pembangkang terutamanya PARTI DAP kita ibaratkan "Buang Batu sembunyikan Tangan". Cukup mengelirukan dan cuba raih simpati rakyat Perak.


Teruskan perjuangan Dato Seri dan jangan sekali gentar dengan perderhaka yang ada di negeri Perak ini.

Camar Senja May 4, 2009 at 8:40 PM  

Sokongan buat Datuk Seri,
Semoga persidangan DUN akan berjalan lancar, dan semoga rakyat Perak akan kembali bersatu di bawah naungan Sultan Perak.

Anonymous May 4, 2009 at 9:30 PM  

salam ds...

cuma nak tanya..betul ke ada ura2 mengatakan yg ada ketua kampung yg kena pecat?

FairPerak May 4, 2009 at 10:43 PM  

Blogging, hmm. Wonder, you'll take any comment. Your moderation seems extreme thus far. I do hope BN will reclaim their true position in this land by listening to the rakyat, not the cronies, insiders, etc.

Since you're on blog, allow me to comment. I suggest that you be fair to the people of Perak. Call for a state election, DS. Ask the people for mandate, then you'll really be in power. If a person got title, but no guts to face the people, what's the point. If a person hides behind four walls of his/her office, behind other Tuns/DS, then it is a sign of a coward. A narrow minded, selfish, self glory. Go out and be a real man. From the people, for the people. Think... feel... I believe you can.

Since you're new to the open world, I hope you'll be open too and not afraid of publishing this post. So far I see, all lopsided comment. There's no such things in blogging world. Perhaps, that's why so little comments were published. Take chedet for e.g. Tabik hormat to DrM. Dare to write, dare to be commented. This is the real leader. Can you?

Anonymous May 4, 2009 at 11:16 PM  

Assalamulaikum DS Zambry,

May Allah bless you,the citizen of Perak and the Perak's govt under your wise leadership~~

This is a great start~~

Selamat bersidang~~

~daffodil~

Zambry May 5, 2009 at 2:27 AM  

Kepada sdra/sdri yang memberi komen membina saya ucapkan jutaan terima kasih.

InsyaAllah saya akan melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada saya dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.

Saya tidak memandang jawatan ini sebagai satu keistimewaan, ia adalah tanggungjawab yang dipikul dan akan dihakimi di hari kemudian.

Kepada sdra zul anak Perak; saya ucapkan terima kasih kerana memberikan ungkapan lengkap Jefferson.

Kepada FairPerak: I have answered such questions in various media interviews including with Malaysiakini recently. However I would like to thank you for visiting my blog.

Kepada pengunjung-pengunjung lain saya mengucapkan terima kasih atas komen anda. Tetapi, saya hanya boleh memaparkan komen yang beradab.

Sekian wassalam

exco bpn May 5, 2009 at 8:32 AM  

Salam ziarah Dato seri..

Saya mewakili exco BPN ingin menyuarakan rasa tidak kepuasan hati kami.

Saya harap DS Zambry berhati hati dalam menerima sebarang komen d blog ini. Kebanyakkan blogger khususnya blogger parpu kari tidak menunjukkan kematangan berpolitik dan suka menghentam orang dan ahli sesama sendiri. DS kalau ada masa berkunjunglah ke blog nya..penuh segala caci maki dan nista? Beginikah perangai ahli kita dalam mencari pengaruh di blog?

Kita kalau nak berdaawah mestilah dengan cara daawah yang betul,bukan dengan menghina mereka. Kalau kita teruskan dengan cara menghina seperti yang di buat oleh blogger parpu kari dan yang seangkatan dengannya,saya jamin parti keramat kita akan terus kecundang pada pilihanraya akan datang.

Harap DS zambry dapat mempertimbangkan agar menapis dulu setiap komen di sini. Kalau boleh setiap komen dari blogger parpu kari tidak disiarkan atau delete terus untuk memastikan rakyat perak dapat melayari blog DS zambry dengan senang hati.

Blogger parpu kari dengan blogger blogger dari PR sama saja taraf IQnya..hanya tahu memaki.

Maaf,saya tidak meletakkan nama saya dalam menjaga keharmonian sesama exco BPN.

wsalam.

Tok Pawi May 5, 2009 at 9:09 AM  

Salam,

Tahniah dan syabas kerana luangkan masa untuk berblog. Cara ini rakyat dapat berinteraksi dengan pemimpin. Ramai yang mengenali DS suka membaca artikel-artikel penulisan DS yang bernas, harap-harap DS ada masa untuk itu. Atau setidak-tidaknya meletakkan esei dan rencana yang pernah diterbitkan untuk tatapan pengunjung blog ini.

Saya keliru, macam mana nak eja salutation sebelum nama you? Dato' Seri seperti pada banner blog ni atau Datuk Seri seperti About Me di sidebar?

== Ayorlemuju

Eljay May 6, 2009 at 2:08 AM  

Kata Thomas Jefferson lagi..

"Those who bear equally the burdens of govermnet should equally participate of its benefits".

Dan dia terus berkata lagi...

"The care of human life and hapiness, and not their destruction, is the first and only legitimate object of good government".

Albert Einstein juga bersuara...

"The State is made for man, not man for the State".

Panglima Perang Cyber May 6, 2009 at 7:41 AM  

Salam Dr

nampaknya saya agak terlewat bertamu di blog tuan ini.

saya baru mendapat info dari blog Faisal Rohban.

namun saya akan promosikan blog tuan ini pada posting pagi ini, untuk manfaat rakyat khasnya rakyat Perak.

Lebih2 lagi menjelang persidangan yang bakal mencatatkan sejarah 7hb nanti.

semalam blogger Perak iaitu Sekupangduas telah meminta bantuan BPN untuk mengajak rakyat beramai2 datang 7hb Mei ini dan kami telah melaksanakan permintaan beliau tersebut.

kami akan membela para pejuang yang ikhlas hati di mana sahaja mereka berada demi memastikan agama bangsa dan negara kita akan terpelihara.

selamat menjadi blogger Dr dan semoga semakin rendah kita bentangkan diri kepada rakyat, semakin tinggi pandangan Allah angkatkan di mata mereka.

saya yakin Dr dapat menjadi MB yang baik.


Salam perjuangan !

Mat Yie May 6, 2009 at 10:52 AM  

Sokongan untuk dato' seri..
semoga berjaya memulihkan kepercayaan rakyat perak kepada barisan nasional.

SARFAMS May 6, 2009 at 1:17 PM  

Salam Blogger,

YAB Dato Seri, selamat datang ke dunia blog.

Harap Dato Seri dapat memacu Perak dgn megah dan gah.

Anonymous May 6, 2009 at 2:50 PM  

Gigi Dato' Seri sangat putih. Ubat gigi apa yang DS pakai?

joegrimjow May 6, 2009 at 4:32 PM  

hidup perak

oldiestimer May 7, 2009 at 12:28 AM  

ds..good for you to have your own blog. you guys are much more better than the previous old guys.. all the best.

Mohd Shazwan UiTM May 7, 2009 at 11:54 AM  

Kepada Dato' Seri MB,
Saya sebangai anak jati Perak sangat terharu apabila MB dan Kerajaan Perak yang Baharu mengamalkan sikap keterbukaan dan ketelusan didalam pelbagai perkara terutamanya didalam penyebaran maklumat terus dari sumbernya. Semoga Allah Subahanahu Wa'Taala sahaja dapat memberikan semangat dan iltizam yang jitu kepada Dato Seri MB dan sekalian jemaah Exco dalam meniti hari dan dungaan yang akan mendatang..

Donna May 7, 2009 at 5:24 PM  

padan muke PR.. tak sedar diri da tak berkuasa konon jadi hero rakyat sedangkan rakyat perak da mentah2 tolak mereka..

kamal May 7, 2009 at 5:53 PM  

SALAM DS...SEMOGA DATO TERUS TABAH DAN KUATKAN SEMANGAT UNTUK TERUS BERJUANG DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA...INSYALLAH KAMI DI PIHAK BLOGGER AKAN TERUS MENYOKONG PERJUANGAN DATO DAN SEMUA ADUN YANG MENYOKONG BN .TERUSKAN PERJUANGAN YANG TULUS IKHLAS...RAKYAT AKAN MENILAI APA YANG DATO DAN SEMUA ADUN LAKUKAN...TERUSKAN PERJUANGAN DATO....

Haji Mustapha Ong May 7, 2009 at 10:15 PM  

YAB Dato' Seri MB Zambry,

Terima kasih kepada Dato' Seri kerana dapat meluangkan masa untuk kita bertemu di pejabat petang semalam.

Hari ini saya amat gembira dan ternyata bahawa pengambilalih kuasa kerajaan negeri Perak oleh BN telahpun disempurnakan dengan persidangan DUN Perak pada petang tadi. Syabas diucapkan kepada kerajaan BN negeri dibawah kepimpinan Dato' Seri. Kita harus juga merasa bersyukur atas kebijaksanaan dan kedaulatan pemangku Sultan Perak DYMM Raja Nazrin yang telah menitahkan bahawa pihak PR perlu menghormati institusi Raja-Raja Melayu dalam merasmikan Persidangan DUN pada petang tadi.

Pada hari ini juga ternyata bahawa pihak PR telah kehilangan majoriti untuk berkuasa semula, itu BN 31 kerusi dan PR (campuran) hanya 28 kerusi.Oleh yang demikian, pembubaran DUN Perak tidak timbul dan BN akan terus berkuasa serta mentadbir negeri Perak untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Salam hormat daripada saya:
Haji Mustapha Ong

ZHARIF BADRUL May 7, 2009 at 11:06 PM  

salam datuk zambry
saya Zharif, dan datuk merupakan tokoh politik yang sangat dekat dengan saya.Saya pernah bertemu dengan datuk sebanyak dua kali ketika majlis anugerah cemerlang anak2 tentera dan di SKPTLDM 2 Lumut.
Saya mengharapkan datuk terus menjalankan tugas dengan baik.Sesungguhnya pembangunan Pulau Pangkor menjadi bukti bahawa datuk komited dalam menjalankan tugas.
Salam takzim

BNM May 8, 2009 at 10:01 AM  

Komen drp exco BPN yg ada di ruangan ini disahkan bkn drpd exco BPN. Ia adalah drpd si pondan yg menyamar & nak memburukkan org. Kami sendiri tidak menerima org sebegitu kerana memburukkan nama kami.

Harap maklum.

Post a Comment

Biodata/Profile









DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR
MENTERI BESAR PERAK KE-11


Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A

Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

Kepakaran :



Akademik:

Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam

Pentadbiran

Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding
Politik

Organisasi Politik | Penyelidikan Politik
Lagi Profil

Sedang Layari/Currently Online

Kunjungan/Visitor

Sejak 1 Mei 2009

Google Ranking


Powered by  MyPagerank.Net

Statistik/Stats