KEZALIMAN MINORITI

1. Secara terus terang saya tidak menjangkakan tindakan paling tidak bertamaddun sanggup dilakukan oleh Pakatan Pembangkang dalam Persidangan Dewan Perak baru-baru ini. Bukan hanya dengan tindakan bekas speaker, Sivakumar, yang keterlaluan, tetapi juga tindakan para juak ADUN-ADUN yang dengan ganas menyeberang ke arah ADUN-ADUN BN termasuklah sewaktu saya hendak bercakap.

2. Saya menjangkakan mereka akan bertindak untuk duduk di kawasan sebelah kanan seperti yang selalu ditanya oleh para wartawan. Demi menjaga keharmonian Dewan dan menghormati Dewan yang akan dirasmikan oleh DYTM Tuanku Pemangku Raja, maka saya dan rakan-rakan tidak mengendahkan tindakan mereka yang awal-awal lagi sudah mengubah tempat duduk kami.

3. Tanpa menghormati agenda persidangan, apatah lagi menghormati Tuanku Raja Nazrin speaker terus memanaskan Dewan dengan mengarahkan saya dan sembilan ADUN yang lain meninggalkan Dewan. Keadaan menjadi tegang apabila segerombolan ADUN-ADUN mereka terus menyeberang dan menyerang saya yang bangun untuk berucap.

4. Saya katakan bahawa saya tidak akan membenarkan the tyranny of the minority (kezaliman dan kekejaman golongan minoriti) untuk bertindak ke atas golongan majoriti dalam Dewan. Sewaktu mereka menjadi majoriti kita akur meskipun Dewan dipenuhi dengan hujah-hujah panas.

5. Maka saya terus mengusulkan pelucutan jawatan speaker dengan menggunakan peruntukan 13 (2) dalam Perintah Tetap. Setelah diluluskan dengan 31 menyokong, maka Timbalan Speaker mengambil tempat untuk meneruskan persidangan sehinggalah pencalonan Speaker yang baru dibuat.

6. Di waktu ini mereka terus menunjukkan tindakan-tindakan biadab, aggresif dengan tidak memperdulikan peraturan sehinggakan Timbalan Speaker yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) dimaki-hamun dengan kecacatannya, dibaling buku Perintah Tetap, ditolak untuk menggagalkannya ketika mempengerusikan mesyuarat. Lebih dahsyat setiap kali Speaker baru hendak bercakap kertas ucapannya dirampas dan dikoyakkan. Mikrofonnya dipatahkan. Saya menyaksikan tidak kurang empat mikrofon dipatahkan di tempat-tempat yang diduduki oleh Speaker.

7. Namun saya tetap sabar melihat keganasan mereka. Sementara dalam masa yang sama saya memerhatikan tingkah laku tiga-N (Nizar, Nga, Ngeh) yang duduk di tempat duduk masing-masing seperti sutradara. Saya bertanya kepada Thomas Su (ADUN DAP) apakah saudara mahu menjadikannya seperti Taiwan. Katanya, “ya, saya sudah bersedia”.

8. Selama lebih empat jam kami diserang, namun kami bersyukur kerana masing-masing dapat mengawal perasaan meskipun diperlakukan bermacam cara. Maka usul untuk mengubah aturan mesyuarat dibuat.

9. Sivakumar yang sudahpun menjadi “mantan” tetap berdegil tidak mahu meninggalkan kerusi speaker. Maka R.Ganesan yang sudahpun mengangkat sumpah sebagai speaker baru memberi arahan kepada Bentara dengan dibantu oleh pihak polis bagi membawanya keluar. Bentara sudah tercedera diwaktu ini. Tetap akhirnya ia berjaya dibawa keluar.

10. Akhirnya sampai ke peringkat Titah Perasmian Tuanku yang sudahpun menanti begitu lama dan amat sabar sekali. Sewaktu Tuanku berangkat masuk ke Dewan dan bersemayam mereka (ADUN-ADUN Pembangkang) enggan duduk di kerusi masing-masing. Sehinggalah Nizar dan Ngeh dititahkan mengadap barulah masing-masing mengambil tempat.

11. Selepas Titah Tuanku, saya mengusulkan Dewan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan disokong oleh YB Sungai Rapat.

12. Dalam tulisan saya sebelum ini saya sudah mengatakan bagaimana dilemma Nizar dan rakan-rakannya samada hendak hadir atau tidak. Kalau hadir bermakna ia mengiktiraf kerajaan yang ada dan sidang Dewan, tetapi kalau tidak hadir ia hilang peluang untuk menunjukkan aksi-aksi drama yang hebat. Maka dia hadir. Dan tidak mengejutkan saya bila Dewan ditangguhkan beberapa orang ADUN mereka datang bersalam dengan saya sambil mengatakan “ok, it’s over”. Lalu saya bertanya kenapa mereka sanggup membuat begini bagaikan suatu drama yang direka-cipta untuk terus menimbulkan kegelisahan rakyat dengan skrip-skrip baru yang diolah agar rakyat terus menyokong mereka.

13. Percayalah selepas ini saudara/i semua akan menyaksikan sebuah drama baru yang akan ditayangkan ke seluruh Negara dengan menunjukkan “kezaliman” BN. Sampai bilakah rakyat akan menjadi mangsa kebuasan nafsu kuasa mereka?
Salam Perjuangan!

8 comments:

Anonymous May 9, 2009 at 9:41 PM  

ASWT Dato Seri,

The Prophet SAW is reported to have said,

"The strong among U is not the one who can overpower others, but the one who can control himself in the moment of anger" (Muslim)

And U are one of them.
Teruskan perjuangan demi agama, bangsa & negeri Perak.
Moga allah bersama orang yang benar.

SALAM

dari,
Anak Perak di Kelantan.

Taminsari May 9, 2009 at 10:25 PM  

Salam Dato'Seri.

Sebagai rakyat negeri Perak saya berasa amat malu dengan sikap ahli dewan dari PR dengan aksi-aksi yang saya rasa tidak bertamadun. Mungkin boleh saya katakan tindakan mereka macam perangai budak-budak tadika. Malah saya berfikir kadang-kadang budak tadika pun lebih baik dari mereka?

Inilah jadinya apabila si Kera bila mendapat bunga. Bila dah dapat kuasa memang susah hendak melepaskannya walaupun mereka tahu mereka sekarang adalah minoriti?

Saya melihat begitu angkuh dan sombongnya Mohd Nizar ini. Apa yang mahu dikembalikan? 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang memegang kuasa dengan restu Sultan ini adakah regim diktator sampai meminta sultan bubarkan DUN dan kembalikan kuasa kepada rakyat.Adakah 28 + 3 ADUN (ADUN Penyokong Kerajaan) yang menjadi wakil rakyat ni jadi wakil rakyat secara memaksa rakyat memberi undi kepada mereka hingga mereka menang?.

Kita semua yakin 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang menang dalam PRU yang lalu tidak ada bezanya dengan kemenangan 28 DUN penyokong pembangkang di negeri Perak sekarang.Kalaulah Nizar tidak dungu sangat dalam politik, tentu dia tahu dalam sistem demokrasi, yang ramai wakil atau penyokonglah yang memiliki kuasa untuk menjadi pemerintah.

Kalau nak kira rampas kuasa, Nizar pun boleh dikira sebagai rampas kuasa rakyat juga kerana UMNO menang 28 kerusi manakala PAS hanya 6 kerusi, DAP 18 kerusi (tinggal 17 kerana seorang telah keluar) manakala PKR 7 kerusi ( tinggal 5 kerana 2 orang telah keluar).Parti mana yang paling ramai menang secara bersepadu? UMNO! tetapi mengapa Nizar jadi Menteri Besar.

Kerana DAP, PKR dan PAS rampas kuasa rakyat dengan mengambil kesempatan dari sedikit kelemahan dalam sistem politik di Malaysia.Sekarang Pakatan Rakyat di Perak menerima nasib yang sama. Sudah terbalik. Sehingga sekarang PR masih lagi belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah? Adakah "pertubuhan haram" ini boleh diterima sebagai kuasa untuk membentuk kerajaan?Apabila terkena kepada mereka (PR) dituduhnya pula kerajaan BN di Perak kononnya merampas kuasa rakyat.

Ini membuktikan Nizar sememangnya sudah menjadi manusia tidak tahu diuntung. Semasa dilantik Sultan menjadi Menteri Besar, megahnya bukan main kepalang. Tersengeh simpul macam kerang busuk sedangkan hakikatnya dengan menjadi Menteri Besar hanya seketika pun atas budi bicara kuasa Sultan. Kalau tidak kerana kuasa Sultan, Nizar hanya menjadi 'tahi gigi' kepada pakatan parti-parti pembangkang di Perak di mana Ngeh Koo Ham dan kuncu-kuncunya akan membuli orang Melayu termasuk Nizar sendiri.

Seperkara lagi, adakah PAS merasakan mereka kini benar-benar kukuh sehingga merasakan UMNO pula yang terhegeh-hegeh hendak sangat bekerjasama dengan mereka?Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?

Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.Malah lebih haru, puak-puak PAS ini sanggup buat-buat bodoh dan bertakbir pula apabila Ngar mempermainkan ayat suci al-Quran sedangkan mufti bersuara meminta orang kafir tidak berbuat demikian.

Lainlah kalau Ngar mahu memeluk Islam dan mempelajari ayat suci al-Quran, ini tidak, sebaliknya hanya mempermainkan ayat al-Quran ketika berceramah sambil bergelak ketawa.Tetapi itulah hakikatnya, PAS bukan sahaja sanggup bekerjasama dan tidur sebantal dengan pihak-pihak yang mempermainkan Islam, namun dalam masa yang sama, menolak pelawaan saudara seagama untuk bersama-sama mencari titip permulaan ke arah kepentingan negara dan rakyat.Sampai bilakah PAS mahu sedar tetapi terus berada dalam kepompong jumud dengan bersikap begini? Wallahuallam.

Salam perjuangan

Jeffry May 9, 2009 at 10:40 PM  

APA YG SAYA BOLEH KATAKAN KPD PEMBANGKANG IALAH "BIADAP". "BIADAP" KPD KEMULIAAN DEWAN, TERHADAP ADUN2 LAIN YG MENGHADIRI PERSIDANGAN DAN YANG TERBURUK SEKALI BIADAP TERHADAP RAJA NAZRIN!. PERBUATAN MENGHINA ADUN OKU MMG TAK DPT DITERIMA LANGSUNG!! SAYA BERASA AMAT MARAH DAN TERSINGGUNG DGN PERBUATAN MEREKA YG LANGSUNG TAK MENGHORMATI SEORANG PEWARIS TAKHTA. MMG BENARLAH SELAMA INI LAKONAN DRAMA YG DI TUNJANGI OLEH DAP MENAMPAKKAN SIKAP KURANG AJAR TERHADAP RAJA2 MELAYU!. SEHARUSNYA PARTI DAP PATUT DI GANTUNG ATAU DIBUBARKAN SAJA DRP BERTERUSAN MENGHINA RAJA!!

dee May 10, 2009 at 1:51 AM  

Dato' Seri,
Tahniah di atas kejayaan menguasai DUN Perak baru-baru ini. Walau bagaimanapun beberapa persoalan yang ingin saya bangkitkan:
1. Penguasaan BN kalam kerajaan Perak adalah kerana bantuan 3 ADUN bebas. Oleh itu bagaimana Dato' Seri menghargai ADUN bebas tersebut. jangan sampai selepas ini Perak bertukar kerajaan lagi kerana majoriti mudah kerajaan Dato Seri agak tipis.
2. Bagaimana rakyat khususnya di Perak di jelaskan berkaitan senario politik yang berlaku kerana secara mudahnya bukankah lebih elok DUN dibubarkan dan diadakan pilihanraya semula untuk memilih kerajaan. Sekiranya tidak perlu, apakah hujah-hujahnya dan bagaimana rakyat diberikan kefahaman tentang isu tersebut.Isu ini dimainkan dengan begitu licik oleh Pakatan Rakyat untuk meraih simpati rakyat

torashah May 10, 2009 at 10:48 AM  

Salam Dato' Seri..

Sekarang kita sudah boleh lihat " warna sebenar " DAP. Mereka mencabul kemuliaan Dewan dan secara tidak langsung mereka bersikap biadap dan memperkecilkan peranan Tuanku Raja Nazrin untuk perasmian sidang Dewan sehinggakan baginda sanggup menunggu lebih 4 jam sebelum dapat bertitah. Adakah ADUN PR ini sedar akan peranan mereka sebagai wakil rakyat atau pun mereka adalah " wakil rakyat " kepada binatang-binatang dalam zoo? Lain kali kalau Sivakumar masih lagi berdegil hendak jadi Speaker Dewan dan hendak mengadakan persidangan antara mereka ( ADUN PR ) eloklah tempah Zoo Taiping. Disana dibuka siang dan malam...malu lagi memalukan? Adakah ini langkah pertama Pakatan Rakyat untuk me"republik"kan tanah Melayu dengan me"nidak"kan peranan Raja-raja Melayu. Sebelum nasi menjadi bubur diharap orang-orang Melayu dapat memikirkannya dengan serius.

Mudah-mudahan keputusan Mahkamah pada hari Isnin ini akan menyebelahi pihak Dato' Seri. InsyaAllah.

Torashah
http://umno-kgserdang.blogspot.com/

warongkopi56 May 10, 2009 at 12:42 PM  

Sekali lagi Assalamua'laikum DS,

Memang sedih,memalukan dan takut dari perkembagan yang berlaku dan saperti kata alahyarham Ahmad Nisfu dalam cerita Tiga Abdul "Entah apa pula bala yang akan datang"

Saya suka menarik kembali kepada peristiwa semasa pengubalan pertama Perlembagaan Pesekutuan. Semasa inilah wakil wakil dari kaum cina dan india menuntut pelbagai keistemewaan yang selari dengan kaum pribumi tetapi telah ditolak oleh pihak British. Oleh yang demikian perlulah diingatkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah "Indigenous Constitution" dan bukan "Immigration Constitution" saperti Amerika Syarikat. Dengan kedudukan DS sekarang adalah pada pandangan saya, perlu DS menerangkan kepada rakyat jelata.

Contohnya jika sesaorang itu berlajar martial art,tok gurunya tidak akan mengajar kesemuanya kepada semua muridnya takut takut DERHAKA dan pada kebiasaanya akan ditinggalkan dalam bentuk catatan atau murid yang betul betul tinggi pekertinya sebagai kesinambungan.

Berbalik apa yang berlaku diPerak adalah permulaan tuntutan yang kaum minoriti ini kehendaki. Selama 52 dua tahun bersabar, sekarang apabila sudah cukup kukuh dari segi pembelajaran dan ekonomi dan yang kurang hanyalah kuasa, inilah apa yang sedang berlaku. Yang sedihnya orang melayu entah sampai bila akan sedar, baik rakyatnya mahu pun pemimpinnya,baik dalam kerajaan mahu pun pembangkang. Tengok tengoklah blog saya atas tajuk "Just a reflex of gratitute" www.warongkopi56.blogspot.com.

Wasalam

pedang srikandi May 10, 2009 at 10:29 PM  

Salam Dato' Seri..
Ana berharap Dato' Seri besabar dan teruskan perjuangan. Bukan mudah nak mudah Dato'. berjanjilah jangan biarkan ANWAR DA DEVIL n da geng bermaharajalela.Kita berjuang untuk negara dan agama kerana ALLAH. ana di peringkat mahasiswa akan terus menyokong Dato' Seri.TAKBIR!!!ALLAHHU AKBAR!!! pedangsrikandi.blogspot.com

wak-murai May 16, 2009 at 5:18 PM  

assalamualaikum

Dato' Seri

Menjadi persoalan kenapa media arus perdana tidak menayangkan semula kejadian yang sebenar berlaku di negeri perak ( Persidangan Dewan Pada 7 mei 2009 yang lalu )

Biar semua rakyat lihat siapa yang menggunakan undang-undang rimba @ hutan @ purba.

Kenapa menyiarkan PKR sahaja ADUN BN macam mana Adakah semua nya dayus belaka.....

Sekarang generasi muda celik IT hasil saranan Tun MM

Post a Comment

Biodata/Profile









DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR
MENTERI BESAR PERAK KE-11


Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A

Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

Kepakaran :



Akademik:

Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam

Pentadbiran

Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding
Politik

Organisasi Politik | Penyelidikan Politik
Lagi Profil

Sedang Layari/Currently Online

Kunjungan/Visitor

Sejak 1 Mei 2009

Google Ranking


Powered by  MyPagerank.Net

Statistik/Stats