SEKILAS PANDANG

Salah satu sikap yang paling saya benci ialah bila pemimpin yang kononnya menjunjung prinsip al-Qur'an tetapi sebenarnya suka bercakap bohong. Malah yang lebih teruk ialah bila dia berbohong kepada rakyat secara terbuka.

Sinar Harian (Ahad, 10 Mei 2009) edisi Perak menyebut bekas Menteri Besar Dato Seri Nizar Jamaluddin mendakwa DYTM Pemangku Sultan Dr Raja Nazrin Shah memberi penghormatan kepadanya dengan memanggil beliau dan Ngeh Ko Ham.

Malah beliau “mendakwa” Tuanku maklum mengenai kedudukan pakatan pembangkang dengan diberi tempat duduk sebelah kanan.

Pengalaman saya dengan tindakan Nizar ini amat "menggetekkan" kata orang Perak. Saya masih ingat bila pertama kali Dewan bersidang tahun 2008, dia bermati-matian menuduh Dato’ Seri Tajol Rosli tidak menandatangani watikah penyerahan pentadbiran.

Ternyata tuduhannya palsu dan dia dengan jelas berbohong. Bagaimanapun dia tidak merasa bersalah dan tidak pernah memohon maaf.

Bila saya jadi Menteri Besar dia mendakwa saya mengubah bilik saya dengan memasang karpet baru dan sebagainya. Ini semuanya tidak benar dan fitnah semata-mata.

Peristiwa di Masjid Simpang sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang di mana saya menegur tindakannya yang tidak “sopan” menganggu majlis bacaan Yassin dan solat hajat yang dihadiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dan saya, juga telah dimanipulasi seolah-olah saya angkuh dan sombong.

Kali ini dia berbohong lagi.

Dia dan Ngeh tahu apa yang dititahkan oleh Tuanku. Seperti yang dipetik oleh The New Straits Times dan beberapa laman blog, jelas suatu amaran buat mereka agar tidak menganggu perjalanan titah ucapan.

Malah bila Tuanku masuk ke Dewan mereka tidak berada di tempat masing-masing dan secara angkuh berdiri di tengah-tengah Dewan.

Berkenaan tempat duduk di sebelah kanan yang konon suatu pengiktirafan kepada beliau dan pakatan pembangkang adalah juga satu pembohongan.

Pakatan pembangkang telah menunjukkan sikap tidak hormat kepada Tuanku sejak mula lagi. Sewaktu tabik hormat ketibaan Tuanku di luar Dewan, yang mewajibkan semua Adun ada bersama, sebahagian daripada adun pembangkang dengan biadap sekali tidak menghadiri majlis itu.

Mereka berada di dalam dewan, mengubah tempat duduk Barisan Nasional dari sebelah kanan Yang DiPertua ke sebelah kiri.

Kakitangan Dewan tidak dapat berbuat apa-apa. Mereka seperti tidak percaya melihat perangai Adun-adun Pakatan Pembangkang yang mencerminkan budaya kesamsengan amalan pembangkang.

Saya harap Nizar yang kononnya “alim” dan hafaz banyak al-Quran, seronok jadi imam dan baca khutbah, bermunajatlah kepada Allah dan hisablah diri agar mengelakkan orang menggelarnya sebagai “Raja Pembohong”.

Salam Perjuangan

24 comments:

Eljay May 10, 2009 at 3:08 PM  

Dato Seri,

Dato' Seri kata Nizar banyak hafal Al-Quran.MUNGKIN betul. Tetapi itulah jadinya kalau setakat hafal dan tidak menghayati inti pati al-quran itu sendiri. Dia Lupa ALLAH swt tahu apa yang berdetik dan tersembunyi jauh didalam hati kecilnya. ALLAH swt telah terang2 nyatakn didalam surah Faatit ayat 38.Allah swt akan uruskan mereka sebaik-baiknya.


Terus terang saya katakan bahawa meraka ini Insya Allah akan terkena tulah dari DAULAT yang ada pada kerabat keRAJAan Perak. Dato fikirkanlah tentang Beting Beras Basah. Hanya masa akan menentukannya.

Kepada Dato gunakan kekuatan ketenangan Dato' untuk terus melawan. Melawan dengan penuh hemah dan kebijaksanaan. Ramai yang menyokong Dato'. Disamping itu jeling-jelinglah di sekeliling untuk mencari musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan dan telunjuk lurus kelingking berkait. Mereka-mereka inilah yang akan merosakan dan menjatuhkan Dato' nanti.

Anonymous May 10, 2009 at 3:15 PM  

Salam Perjuangan Dato' Seri,
Rasa "Getek", Menyampah, meluat terhadap apa yang dilakukan oleh PR dan YB Nizar telah memberikan satu perasaan untuk berjuang secara terus-menerus. Pendekatan mereka ini seolah-olah mereka sentiasa betul dan tiada melakukan sebarang dosa. Apa yang dilakukan oleh mereka ini adalah betul dan baik. Saya menjadi begitu marah dgn perlakuan murahan mereka ini. Adakah mereka tidak tahu sewaktu perak diperintah oleh mereka selama 11 bulan, YB dari BN langsung tidak melakukan seperti yang mereka lakukan. Perlakuan seperti makhluk yang tiada otak. Binatang sekurang-kurangnya akan berdiam diri bila diberikan makanan, tetapi mereka... Tiada ungkapan yang boleh dikeluarkan terhadap mereka ini... Jijik dengan sikap hodoh mereka ini... Sebagai anak jati perak.. saya merasakan perlunya melakukan sesuatu demi mempertahankan maruah bangsa, agama dan kedaulatan negeri perak. Memperlihat sikap tenang Dato' Seri menangani sikap buruk mereka, saya rasa YB Nizar harus malu dengan diri sendiri. Sikap pemimpin seperti yang diperlukan dinegeri perak adalah:
1) Adil
2) Beragama
3) Bersabar
4) Berkepimpinan
5) Bercakap Benar
6) Percaya dengan apa dikatakan
7) Tolenrasi
8) Berilmu
9) Sebagainya..
Anak bidor ini akan terus membantu dan berjuang demi kerajaan UMNO/BN diperak yang telah terbukti memberikan kerjasama hak kepada semua kaum.

Pemuda UMNO Permatang Pauh May 10, 2009 at 3:29 PM  

Tahniah dan selamat menyertai dunia blog.

Doa kami bersama anda.

www.permatangpauh2u.com

Anonymous May 10, 2009 at 3:35 PM  

Aswt Dato Seri,

FOCUS N LOOK 4WARD.
HENTIKAN BICARA TENTANG APA YG TELAH BERLALU.
NOT WORTH nak layan kumpulan yang
"CERDIK TAK BOLEH DI IKUT & BODOH TAK BOLEH NAK AJAR".
Jadi kan ini satu IKTIBAR & Dugaan ILAHI untuk meningkatkan martabat YB Dato Seri.
Sedikt Kuasa yang ALLAH anugerah kepada kita adalah satu tanggung jawab dan Amanah, bukan untuk menunjukkan KEANGKUHAN & KESOMBONGAN DIRI.

MOGA DATO SERI & KEPIMPINAN BN DIBERI RAHMAT, HIDAYAH & KEKUATAN UNTUK MELAKSANAKAN AMANAH DAN TANGGUNG JAWAB INI.

SESUNGGUHNYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI TTG KEJADIAN INI.

Salam.

Anonymous May 10, 2009 at 4:47 PM  

Subhanallah...Tak apelah Dato' Seri...Banyak2kanlah bersabar..Dugaan sebagai seorang pemimpin masyarakat penuh dengan cabaran dan fitnah..Orang yang bersabar adalah orang yang disayangi oleh Allah..amin.....

Malaysian-2Day May 10, 2009 at 6:47 PM  

Kamik semua di belkang Dato' Seri. Semua tahu pembohongan mereka (Pakatan Rakyat) tu, tapi hanya segelintir msyarakat yang terlalu fanatik tidak mahu menerima hakikat bahawa pemimpin mereka sebenar nya MUNAFIK!

muhammad fakhruddin May 10, 2009 at 7:20 PM  

Assalamualaikum Dato' Seri,
saya ucapkan selamat berkhidmat kepada rakyat Perak.Kami amat mengharapkan pertikaian ini berakhir dengan perdamaian yang lebih menguntungkan rakyat dalam suasana kita baru pulih dari kegawatan ekonomi,dan kini diancam virus H1N1

warongkopi56 May 10, 2009 at 8:00 PM  

Assalamua'laikum DS

Kali kedua respon saya pada DS.Insyaallah kita sama cambahkan pandangan masing selagi diizinnya.

Dalam Islam ini ada solihin, munafikin dan fasikin. Kita orang islam telah pun diajar dan belajar, terpulanglah pada setiap manusia memilihnya dan tak kira dari apa bangsa.

Darjat keturunan Nabi Adam AS ini darjatnya tinggi disebabkan Allah SWT. mengurniakan akal dan oleh sebab itulah kita kena guna akal.

Tetapi jangan sesekali lupa yang Iblis sentiasa mendampingi anak cucu Adam untuk memesongkan mereka supaya menggunakan emosi lebih dari akal dan akibatnya,saperti apa yang jadi sekarang.

Begitu juga dengan Peperangan Bukit Uhud, ketika tentera Rasulallah SAW telah memenangi dan menawan Bukit Uhud. Tetapi atas sebab tenteranya yang berkawal bukit tersebut ghairah mengumpul barangan tinggalan pihak musuh dikaki bukit tersebut, pihak musuh telh berjaya menawan bukit itu dan pertempuran kembali tegang sehingga Rasulallah sendiri mengalami kecederaan. Semasa ini Rasulallah bersabda,"musuh yang sangat ditakuti ada "NAFSU" ia lebih dahsyat dari segala musuh, sebab musuh boleh dilihat tetapi bagaimana kita hendak melihat musuh kalau akal kita kalah pada emosi.

Oleh itu DS fikir fikirlah cara yang terbaik sebab saya tidak mempunyai apa apa kelulusan dan kedudukan untuk orang mendengar,tapi DS ada.Gunakanlah untuk dunia dan akhirat.Yang betul saya akan sokong insyaallah.

Wasalam
www.warongkopi56.blogspot.com

Jeffry May 10, 2009 at 8:03 PM  

SALAM HORMAT DS
TINGKAHLAKU PEMBANGKANG YG SENGAJA MAHU MEMBANGKITKAN KEMARAHAN KERAJAAN TIDAK AKAN BERHENTI SETAKAT ITU SAJA. SAYA PERCAYA MEREKA AKAN TERUS BERUSAHA WLU DGN APA CARA SEKALIPUN UNTUK MENGANGGU GUGAT KERAJAAN YANG SEDIA ADA SEHINGGA JATUH KE TANGAN MEREKA SEMULA. PERMAINAN FITNAH ADALAH SENJATA YG PALING DIGEMARI OLEH PEMBANGKANG KERANA DGN CARA ITU SAJA MEREKA DPT MENYEMAI KETIDAK KEPERCAYAAN RAKYAT TERHADAP KERAJAAN DAN YG LEBIH TERUK SEKALI KETIDAKPERCAYAAN TERHADAP INSTITUSI DI RAJA.
TIDAK DAPAT SAYA BAYANGKAN KESAN BURUK JIKALAU RAKYAT KHUSUSNYA ORG2 MELAYU YG MUDAH TERMAKAN DAKYAH FITNAH PEMBANGKANG DAN TAK MUSTAHIL TINDAKAN DILUAR DUGAAN SEPERTI PENDERHAKAAN SECARA BESAR2AN AKAN BERLAKU.
APA YG SAYA SEBUTKAN TADI ADALAH KEMUNGKINAN YG TAK DAPAT KITA JANGKA KAN DI KEMUDIAN HARI. TIADA SIAPA YG DAPAT MERAMALKAN KECUALI TANDA2 KECIL YANG SDG BERLAKU KETIKA INI BISA MENJADI KENYATAAN.

WALLAHUALAM

pedang srikandi May 10, 2009 at 10:38 PM  

Salam Dato' Seri..
Ana sependapat dengan Dato' Seri tentang isu orang yang berpura-pura kononnya alim....ini masalahnya bla orang merasakan bahawasanya dia lah paling alim di alam fana..budget dia sorang je yang pandai...orang lain sume tak pandai la..kalo betullah penuh iman dan ilmu di dada takkanlah bersikap macam orang takde pelajaran je.wat malu kaum je...hafaz al-quran konon....tapi perangai lagi buruk dari mat gian tepi jalan.ana tak taw nak caka macam mana.golongan yang macam ni lah yang akan merosakkan imej suci Islam...hurm...ana sedih Dato' Seri....ana harap Dato' Seri bersabarlah dengan karenah makhluk Allah yang tak reti nak sedar diri...salam..pedangsrikandi.blogspot.com

pejuangmelayu May 11, 2009 at 12:57 AM  

pakatan rakyat cukup biadap!tidak menghormati sultan langsung!saya mengyokong penuh tindakan DS semasa persidangan menghantar speaker haram keluar..tidak menghormati dewan langsung..terus berusaha DS perak memerlukan kerajaan melayu utk menjaga kedaulatan sultan!hidup umno!hidup melayu!

Zakaria Yahaya May 11, 2009 at 1:31 AM  

Memang kurang ajar YB dari Pakatan Rakyat.. Jenis manusia yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa mereka telah kalah didalam dewan. Usul pemecatan speaker juga telah ditolak serta telah melakukan provokasi terhadap beberapa YB. Jika YB dari BN bertindak, mereka juga menuduh bahawa YB dari BN berlaku samseng. Provokasi YB dari PR memang jelas. Dan lihatlah cara nizar bersalaman dengan Pemangku Sultan Perak, telah mengambarkan sikap yang sombong dan tidak memahami institusi raja-raja. Bagaimana hendak memimpin kerajaan perak jika nizar bersikap sedemikian? Podah PR dan Nizar.. Nk panggil YB pun getek..

Zulkifli Zabidin May 11, 2009 at 1:17 PM  

Salam ziarah YAB Dato,

Terima kasih kerana berkongsi pandangan mengenai parti yang mendakwa diri mereka memperjuangkan Islam.

Inilah padahnya apabila Islam dipolitikkan, Islam dijadikan cara dan bukannya matlamat. Saya tidak pernah yakin dengan PAS semenjak dari dulu lagi.

Saya tidak yakin yang ahli-ahli PAS memakai kopiah putih kerana sunnah Rasulullah, sebaliknya keyakinan saya ialah mereka memakai headgear itu sebagai lambang politik kerana mengikut cara pemakaian pemimpin parti mereka.

Bagi saya laungan ALLAHUAKBAR mereka lebih merupakan laungan politik untuk menyatakan kehadiran dan kewujudan mereka. Laungan ALLAHUAKBAR jika dihayati akan menjadikan pelaungnya lebih takut akan kebesaran ALLAH yang maha besar. Namun demikian, sebaliknya pula yang berlaku kepada para pemimpin dan penyokong PAS. Mereka menjadi lebih pemarah, ganas dan biadap.

Terkejut juga mendengar perkataan 'benci' diucapkan, tapi tiu jagalah perasaan yang ada dalam diri saya dan ramai lagi orang Melayu terhadap mereka.

Agaknya, inilah balasan Allah kepada mereka kerana mengajar orang-orang Melayu membenci UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Anonymous May 11, 2009 at 6:52 PM  

DZambry,
I understand yr predicament and what you went through, only Allah witnissed yr situation and may Allah continues giving you the strength to overcome and i pray you keep you cool, And today again yr will power and patience cos the High Court rules that Nizar is still the MB of Perak.
Call for an emergency sitting and new Speaker and the rest Aduns vote of no confidence can we? Please resolve this ASAP before they beat us to it again!
Percaya lah kami rakyat Perak bersama mu. Please dont let Nga Ngeh Nizar get our beloved Perak Govt in their filthy hands!

Madam Rochas of Kuala Kangsar

Anonymous May 11, 2009 at 7:24 PM  

Dato' Sri,

Saya amat berharap sekali agar kemelut yang timbul ini dapat diselesaikan dengan segera agar kerja2 memulihkan ekonomi negeri dapat dilakukan sebaik dan secepat mungkin.

Saya juga mohon agar Dato' Sri jua dapat bersabar dengan keputusan mahkamah pada hari ini. Dan saya pasti jua Dato' Sri akan melakukan tindakan wajar, beretika lagi bertamaddun sesuai dengan kedudukan Dato' Sri dan juga rakan2 parti dan penyokong.

"Malam semalam gundah gulana, hari ini hari mulia"

Salam hormat,


rudy


Salam hormat

Anonymous May 11, 2009 at 10:32 PM  

ASWT YB Dato Seri,


THINK - FEEL & ACT

FOCUS & STRATEGIZE

INSYAALLAH ALLAH BERSAMA HAMBANYA
YANG MENUNAIKAN AMANAH & TANGGUNGJAWAB DENGAN IKHLAS DAN TAWADUQ.

ORG YANG MENANG ADALAH ORG YANG BERSABAR MENERIMA UJIAN NYA.

SALAM.

Anonymous May 11, 2009 at 10:48 PM  

Bermuhasabahlah diri. Semua yang kita fikir betul tidak semestinya benar. Minta petunjuk dari Allah. Saudara telah dimalukan. Bukan lawan yang memalukan anda.. Anda telah menjerat tengkok anda sendiri. bangunlah untuk mencarai kebenaran.

Parpu Kari May 12, 2009 at 2:11 AM  

TANPA NAMA PATUTNYA KAU NASIHATKAN BENDA NI PADA NIZAR, ISLAMKAH DIA APABILA DIA PANDANG UMNO NI MACAM BUKAN ISLAM SAHAJA?

DIA LEBIH MULIAKAN NGEH DAN NGA SAHAJA! BAIKKAH MEREKA?

AKU BUKAN RACIST, AKU SAYANG KAN CINA DAN INDIA JUGAK, TAPI AKU AMAT MEMBENCI SANG KOMUNIS DARI KALANGAN DAP!

MEREKA INI DIBENCI DARI KALANGAN ORANG CINA SENDIRI!

KINI ORANG CINA SOKONG DAP KERANA ISU TANAH 999, TAPI TIDAKKAH ORANG CINA DAN INDIA SEDAR YANG MEREKA JUGA SEDANG DITIPU OLEH DAP NI?

Mohamad Izwan Bin Zainal (MIZ) May 12, 2009 at 9:48 AM  

Assalamualaikum......

Salam perjuangan Bangsa Melayu........

Dengan keputusan mahkamah pada hari Isnin yang lalu bersamaan 11-May-2009, kita dikejutkan akan kedudukan Menteri Besar Perak masih lagi dimiliki oleh Dato' Seri Nizar adalah sesuatu yang memeranjatkan pada keseluruhan masyarakat Malaysia.

Mari kita amati Rukun Negara yang menjadi tunjang pembentukan Malaysia:

Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang,
Kesopanan dan Kesusilaan.
Antara Tuhan dengan Raja, manakah yang perlu diutamakan?. Tentulah Tuhan "Allah".

Antara Tuhan dengan Perlembagaan, manakah yang perlu diutamakan?.Tentulah Tuhan "Allah".

Bagaimana pula antara Raja dengan perlembagaan, yang manakah menjadi keutamaan?......itu kita kena jawab di hati masing-masing.

Ini menunjukkan bahawa kita Rakyat Malaysia tidak mengamati secara mendalam akan prinsip rukun negara yang kita berpegang selama ini.

Kembali kepada Rukun Negara yang kita berpegang selama ini, Raja adalah mempunyai kuasa dan kedudukan tertinggi dalam mencorak kehidupan rakyat. Ini bermakna perlembagaan tidak boleh menandingi kuasa Raja-Raja. Tapi apa yang berlaku kini menunjukkan kepada semua bahawa Raja tidak mempunyai kuasa yang tinggi dalam Masyarakat Malaysia.

Ini menjadi pengajaran kepada UMNO agar mengembalikan kuasa Raja-Raja apabila kita "UMNO" melaksanakan atau menyekat kuasa Raja-Raja suatu ketika dahulu. Inilah kesannya yang kita rasai ketika ini hasil dari percaturan yang mungkin dikatakan lemah dan perlu dikaji semula.

Kepada UMNO, jadikan ini sebagai pengajaran kepada kepimpinan UMNO dalam merealisasikan akan kemajuan bangsa, dan jangan menidakkan akan kemampuan seseorang dalam kehidupan.

Anonymous May 12, 2009 at 2:23 PM  

Buat rakan seperjuangan.
Lebih baik kita berada dihadapan YAB Dato seri Bukannya dibelakang... Macam kita penakut jer..

anak perak May 13, 2009 at 3:32 PM  

salam dato'..

saya rasa cukup MALU,MARAH,KESAL
sebab masih ada barua-barua yang menyokong NIZARDERHAKA ini...

DAULAT TUANKU!!!

g-an May 14, 2009 at 2:32 PM  

semoga suatu hari nanti,Allah akan menunjukkan kebenaran.Walaupun sedih dengan sikap pihak pembangkang,sebagai anak kelahiran negeri perak bersyukur kerana mempunyai sultan yang adil dan saksama..Daulat Tuanku!

Anonymous May 15, 2009 at 4:14 PM  

Dato Seri,
Biarkanlah mereka. Meraka sudah terbiasa dengan pembohongan. Biarkan meraka bermaharajalela. Kerana meraka lupa kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Anonymous May 19, 2009 at 1:09 PM  

Assalamualaikum Dato' Seri,

saya menyokong penuh kepimpinan Dato' Seri sebagai MB Perak. Semuga keputusan mahkamah memihak kepada Dato' Seri.

Post a Comment

Biodata/Profile









DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR
MENTERI BESAR PERAK KE-11


Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A

Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

Kepakaran :



Akademik:

Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam

Pentadbiran

Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding
Politik

Organisasi Politik | Penyelidikan Politik
Lagi Profil

Sedang Layari/Currently Online

Kunjungan/Visitor

Sejak 1 Mei 2009

Google Ranking


Powered by  MyPagerank.Net

Statistik/Stats