KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR
YAB DATO’ SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
7hb Mei 2009

Saya ingin menjelaskan beberapa insiden yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini. Pihak Yang DiPertua Dewan YB Dato’ R. Ganesan terpaksa memanggil bantuan polis dan kakitangan kerajaan termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan Ketua Polis Negeri serta lain-lain kakitangan kerajaan yang terlibat ke dalam.

Pada hari ini sidang Dewan telah bermula pada pukul 10.15 pagi, bagimanapun sidang Dewan tidak dapat berjalan dengan lancar disebabkan Adun-adun Pembangkang telah mengganggu perjalanan sidang Dewan.

Mereka meninggalkan tempat duduk mereka dan secara “biadap” menyerang Adun-adun Barisan Nasional serta Bebas dengan mewujudkan suasana haru biru dan tidak terkawal.

YB Sivakumar juga telah mengarahkan saya dan Exco-Exco serta 3 Adun Bebas keluar dari dewan dan beliau tidak mengiktiraf perintah - perintah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan.

Adun-adun Pembangkang juga cuba menghalang Adun-adun Barisan Nasional menjalankan tugas kami sebagai ahli-ahli Dewan Negeri Perak. Sidang Dewan hari ini telah terpaksa ditangguhkan sebanyak dua kali bagi mengawal keadaan di dalam Dewan tersebut.

Pada jam 2 petang Dewan kembali bersidang dan Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan, telah mengarahkan YB Sivakumar untuk mengosongkan tempat duduk Speaker dan kembali ke tempat duduk ADUN yang biasa.

YB Sivakumar tidak mengendahkan arahan Speaker walaupun telah diberi amaran oleh Yang DiPertua YB R. Ganesan. Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk mengiringi YB Sivakumar kembali ke tempat duduk ADUN biasa dan tidak diperdulikan beliau.

Bentara kemudiannya telah dikasari oleh beberapa ADUN Pembangkang dan berlaku pergelutan.

Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan tidak mempunyai pilihan lain utuk mengawal keamanan di dalam Dewan kecuali dengan mengarahkan pihak PDRM untuk membantu Bentara menjalankan tugasnya mematuhi arahan Yang DiPertua Dewan.

Ini termaktub di bawah Perkara 90 Perintah-perintah Tetap, yang menyebut “semua perkara yang tidak diperuntukkan dengan khususnya dalam perintah-perintah tetap hendaklah diaturkan menurut cara yang tidak berlawanan dengan perintah-perintah tetap ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuan Yang DiPertua dari masa ke semasa.”

Dalam kejadian tadi tuan Yang DiPertua telah sedaya upaya menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan YB Sivakumar dari tempat duduk Yang DiPertua bagi melaksanakan tanggungjawab beliau.

Bagaimanapun YB Sivakumar tidak memberi kerjasama apabila Yang DiPertua YB Dato’ R. Ganesan, mengarahkan beliau mengosongkan tempat duduk speaker dan pulang ke tempat duduk beliau sebagai Adun biasa.

Arahan ini telah diberikan dua kali, dan amaran juga telah tidak diendahkan oleh YB Sivakumar.
Yang DiPertua kemudiannya telah mengarahkan Bentara untuk melaksanakan tugasnya untuk mengosongkan kerusi speaker. Bagaimanapun Bentara telah dihalang dan dikasari dengan ditolak berkali-kali oleh Adun pakatan pembangkang sehingga pasu bunga hiasan berhampiran dengan tempat duduk DYTM bertitah pecah.

Oleh itu secara waras Yang DiPertua tidak ada cara lain untuk mengamankan keadaan di dalam Dewan kecuali meminta sokongan dari pihak Polis DiRaja Malaysia untuk membanru Bentara melaksanakan tugasnya.

Yang DiPertua R. Ganesan telah bersabar sejak 10.30am, iaitu selama lebih empat jam, dan menangguhkan Dewan sebanyak dua kali sebelum mengambil tindakan ini.

Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya terhadap barisan pembangkang yang bertindak biadap di dalam dewan. Mereka bertindak menggunakan “undang-undang rimba”, serta tidak menghormati peraturan.

Mereka juga gagal menghormati institusi Raja kerana menyebab DYTM Raja Muda Perak terpaksa menunggu kerana menghalang YangDiPertua YB R. Ganesan menjalankan tugasnya dan menjemput Baginda untuk merasmikan sidang Dewan.

Pakatan pembangkang juga gagal meletakkan taraf Dewan sebagai institusi yang mulia kerana menjerit dan mengherdik ketika ia bersidang.

Walau bagaimanapun saya bersyukur akhirnya setelah Yang DiPertua, menjemput DYTM Raja Muda dan baginda memberikan titah ucapan baginda, keadaan menjadi terkawal dan aman.

Saya menjunjung kasih Tuanku dan juga berterimakasih atas sokongan padu seluruh rakyat negeri Perak.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli YB Barisan Nasional dan tiga adun bebas kerana bersabar dengan karenah pembangkang. Terima kasih saya juga kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sekian.

12 comments:

Jeffry May 8, 2009 at 7:44 AM  

SALAM ZIARAH DS
AMAT MEMALUKAN KHASNYA BUAT RAKYAT NEGERI PERAK APABILA DIMALUKAN DGN INSIDEN KEDANGKALAN PEMBANGKANG SEMLM. SECARA AMNYA MASYARAKAT LUAR TELAH MELIHAT BETAPA HODOHNYA PERJALANAN SIDANG DEWAN NEGERI PERAK AKIBAT PERBUATAN PIHAK PEMBANGKANG YG KONONNYA NAK MENUNJUK KEHEBATAN DI GELANGGANG POLITIK. SAYA PERCAYA RATA2 RAKYAT M'SIA AMAT JIJIK MELIHAT TELATAH PEMBANGKANG YG LEBIH BERMINAT MENCETUSKAN PERBALAHAN DRP MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT. DAN SMLM JUGA RAKYAT TELAH DI PERTONTONKAN DENGAN WAJAH SEBENAR PEMBANGKANG YANG BERLAGAK TAK UBAH SEPERTI SAMSENG JALANAN. SAYA HARAP DS TIDAK MUDAH KENDUR ATAU TERTIPU DLM PERMAINAN KOTOR PIHAK PEMBANGKANG. TERUSKAN AGENDA DATO SERI. MAJORITI RAKYAT AKAN KEMBALI MENYOKONG PERJUANGAN DATO. INSYALLAH

Abu May 8, 2009 at 11:26 AM  

Assalamualaikum Dato'

Tahniah kepada Dato' kerana bersabar pada persindangan dun semalam. Semoga Allah merahmati Dato'.

p/s: kalau saya dah lama dah tak tahan dengan kerenah pihak "di sana". Pening kepala dibuatnya. Silap2 letak jawatan MB.

Eljay May 8, 2009 at 3:13 PM  

Dato Seri,

Tahniah diatas peristiwa 70509.

Bersabar dan bertenang. Berzikirlah banyak dengan ayat 173 dari surah al imran. Isya Allah dapat ketengan sepanjang masa.

The Revolution May 8, 2009 at 3:51 PM  

Salam...
Salam Hormat ...
Salam Revolusi...

Tahniah kepada DS kerana dapat mengawal sidang DUN walaupun pada awalnya kecoh tetapi ia berakhir dengan tenang...
Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas perkara yang dilakukan demi mempertahankan hak dan mempertahankan sistem demokrasi ini...

Terima Kasih...
Salam...

shahimah May 8, 2009 at 5:09 PM  

Sememangnya PKR ni dah kurang ajar. Datuk Seri Nizar pun berlaku kurang ajar apabila cuba mencelah Raja Dr Nazrin tatkala beliau ingin memulakan titah baginda, even after the regent was made to wait for hours before he can finally deliver his speech.

Walau bagaimanapun Dato' saya agak musykil tentang keadaan politik Perak ni. Kedua-dua belah pihak mempunyai lawful justification to claim the seat of the MB so siap salah siap betul sebenarnye ni?

baharom abu bakar May 8, 2009 at 9:24 PM  

Ahli-ahli politik di Malaysia pada pandangan saya kebanyakannya sudah hilang banyak kewarasan kerana terlalu mengikut nafsu.

Walaupun saya bukan orang Perak saya terlalu sedih dan malu melihat gelagat ADUN-ADUN negeri Perak bersidang semalam.

Walau bagaimanapun saya berharap kesudahan yang baik untuk kerajaan dan rakyat Perak.

Eljay May 9, 2009 at 12:41 AM  

Saya setuju dengan tulisan saudara Kamal mengenai IBU. Izinkan saya tambah sedikit.

Setinggi mana sekali pun kita mencapai kejayaan dalam hidup dan sedalam mana sekali pun kita sayang, taat dan setia dengan isteri atau suami kita tetapi jangan sampai kita kecilkan hati ibu kita. Ibu tetap berdoa untuk anak-anaknya hingga keakhir hayat mereka dan pastinya doa mereka itu untuk yang baik-baik belaka.

Cikgu May 9, 2009 at 11:41 AM  

Dato' Seri,

You have always remained so brave, committed, strong, resolute and dignified in spite of the terrible situation you are now in.

When we look at the lives of great leaders of the past, we will find that they remained undefeated and undaunted by life's hardship and by life's pounding waves. They held fast to hopes that seemed but fantastic dreams to some.

Moreover, they let nothing stop or discourage them from realising those aspirations and fulfilling their greatest dreams.

They succeeded in accomplishing their visions and missions because their hopes were not limited to personal desire, motive or self-interest, but were based on a wish for the happiness and betterment of humanity.

Dato' Seri,

It is my fervent hope that you, being a charismatic leader, will bring harmony, peace and prosperity to Perak.

Hj Shaari May 9, 2009 at 12:45 PM  

Salam DS,
Insiden DUN Perak memberi satu pengajaran kepada kita. Kepada pengikut2 PAS khasnya dan umat Melayu amnya, marilah sama-sama kita bermuhasabah dan cermin2, dan fikir2 secara waras.
Sekiranya Perak tidak beraja, dimana ADUN2 PAS(dengan jumlah kerusi yang paling sikit) sekarang????!!
Berhati2 dengan tipudaya S1N3 DAP!!
mereka ni bukannya ikhlas. Perjuangan mereka bertentangan dengan Islam.

warongkopi56 May 9, 2009 at 4:36 PM  

Assalamua'laikum DS,

Kenapa semakin terpelajarnya rakyat malaysia, semakin rakus ketamakan kuasa dan kedudukan. Adakah ini contoh dan teladan yang pemimpin sekarang ingin generasi muda warisi?

Satelah 13 Mei 1969,Memali, Mageran di Kelantan dan sekarang diPerak. Tiga insiden diatas tidak termasuk Perak, mungkin boleh terima sebab rakyat kurang celik tetapi dengan serba canggih dan diberi pengetahuan dan pengelaman yang luas semakin kebelakang pula metaliti rakyat Malaysia.Tidak nampak langsung sifat tolenransi dan masing masing mendabik dada dia sahaja yang betul dan tidak mahu menerima hakikat.

Contoh conoh inilah yang dikutip oleh anak anak kita dan jelmalah puak puak saperti mat rempit, bohsia,lepak dan banyak lagi.

Adakah ini yang para pemimpinmahu atau terlupa disebabkan sibuk mempertahankan kedudukan masing masing.Mungkin juga perlembagaan perlu di review semula supaya lebih specific dan mudah difaham.

Contohnya hilang majoriti satu kerusi pun kena letak jawatan dan tak payah mempunyai interpretatasi yang pelik pelik mengikut selera dan nafsu sendiri.

Para pemimpin ingatlah pada kami yang hanya mahu kedamaian dan keharmonian.Adakah kumpulan ini hilang hak mereka?

Ilmu saya taklah macam DS jijak menara gading pun tidak.

Muhasabahlah pemimpin semua.

Wasalam

kayumanis May 10, 2009 at 10:19 AM  

Salam DS
Anggap ini ujian awal dan DS berjaya.
Nizar! Berpadalah.

Anonymous May 11, 2009 at 12:54 PM  

Salam perjuangan DS.
Cukup lah bagi saya DS bersabar, berlembut, memujuk dan perkara2 seangkatan dengannya dalam menghadapi sikap dan budaya "negetif" pihak yang masih lagi tidak memahami erti demokrasi. Kini bagi saya DS PERLU Tunjukkan sikap "KURANG AJAR" pulak untuk tunjukkan bahawa DS bukan seekor keldai tungangan orang (paham2 je la dari pihak satu lagi tu...)tetapi "SELADANG" yang akan bertempur menjaga anak buah dan jagaannya. Istilah api dipadam dengan air dah tak boleh pakai lagi...tetapi API hanya boleh dipadamkan dengan "LETUPAN" kerana bila oksigen telah tiada api tersebut akan padam dengan sendirinya. Insyaallah...

Post a Comment

Biodata/Profile









DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR
MENTERI BESAR PERAK KE-11


Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A

Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)

Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

Kepakaran :



Akademik:

Ekonomi Politik | Pemikiran Politik | Politik Kontemporari Asia Tenggara | Pemikiran Politik Malaysia | Politik Islam

Pentadbiran

Mengurus Universiti | Pusat Pemikir | Pakar Runding
Politik

Organisasi Politik | Penyelidikan Politik
Lagi Profil

Sedang Layari/Currently Online

Kunjungan/Visitor

Sejak 1 Mei 2009

Google Ranking


Powered by  MyPagerank.Net

Statistik/Stats